Pages

Hidup Penuh Ber-aktiviti


Sejak berhenti kerja, hidup ni rasa stress dan tak seronok lagi. Apa yang kita pernah buat dulu semakin hari dah semakin hilang dan terbatas. Sometimes, kena plan satu aktiviti yang boleh buat kita rasa tenang dan habiskan masa dengan buat sesuatu. Bukan sekadar duduk dan tunggu je bila ajal tu nak sampai kan..

Sepanjang dua bulan ni , Budu drive pergi Genting, Cameron and minggu ni minggu drive Port Dickson. Bukan nak mandi laut sangat pun tetapi nak pergi memancing. Baru nak berjinak jinak dengan joran. Seingat Budu last pegang joran last year masa memancing di Kelong di Sabak Bernam. Kali ni, Budu try pergi Jeti sekitar Port Dickson. First day tu memang ikan tak dapat langsung, abang sebelah pun blah camtu je. Boring. Mata kail sangkut dah berapa kali, nasib dekat batu-batu depan je  bolehlah Budu turun dan ambil. Habis basah semua baju tudung. Member sebelah gelak setan je. Kuasam kan. Nasib lah ritu Budu dah prepare siap siap baju dalam kereta sebab selalu Budu suka pergi terjun sungai. Kena pula lenjun dalam air laut, nasiblah kena tukar baju dalam kereta. Semalam, Budu pergi area Jeti K.Lukut. Dapatlah ikan 3 ekor...itu pun kecil. Budu mancing bukanlah nak ikan sangat cuma sekadar nak lepaskan boring je. Apapun first time pegang umpun umpun tu, geli bhaiiii....macam lintah, macam getah...eeee...tapi disebab malu dengan orang sebelah punya pasal, Budu buat keras hati jugalah pegang benda tu. Apapun rasa seronok buat aktiviti macam ni if kulit terbakar.

4 comments:

  1. macam best je memancing, sha memancing asyik takdapat ikan je terus giveup huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau awal dah fikir tak dapat memang tak dapat la Sha :)

      Delete
  2. Hi, I came across your blog and I enjoyed reading your amazing stories. Interested to collaborate? Email me at nurul.aini@my.zalora.com I couldn't find your email so I am leaving a comment to u. Hope to hear soon. Thanks! Ps: this is NOT a spam yah haha :)

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal