Pages

Terserempak dengan Ex-Bf?

Assalamualaikum,

Wah! Wah! tajuk...kemain.

Al-Kisah terjadi bulan lepas, masa tu Budu ke IOI MALL ada family lunch. Masa tengah pusing-pusing, perut rasa memulas terus den terkejor pergi toilet. Masa tu tiba-tiba teringat ex bf. Berjalan tak sampai berapa langkah Budu terpandang
sorang mamat ni. Dalam hati "Aih! muka dia macam ex aku pula." , lagi nervous bila dia pun pandang Budu and terkejut. Budu cepat masuk toilet...duk lama sikit takut dia ada lagi. Dalam 15 minit, Budu tengok kanan, tengok kiri...okey dia tak ada. cecepat menuju ke Pizza Hut berhampiran. Dalam hati ni rasa macam cinta berputik kembali hahaha...
Settle hari tu, balik rumah tengok dalam IG ada mesej, ghupenya dia mesej tanya betul ke Budu yang dia nampak masa kat Mall. Iyakan aja, sejak tu contact balik dengan ex cuma tak jumpa macam dulu. Dia pun tengah bahagia, kita pun ada life sendiri. Tak ada dendam, tak ada marah masing-masing move on. Dia ada cakap yang dia memang cari Budu sekitar mall tu selepas dia terserempak depan toilet, sebab aku dok terperap lama sangat, dia blah.

Terkadang ada hikmah kenapa kita break-up and kenapa kita dipertemukan balik. Dia capai apa yang dia nak dan kita miliki apa yang kita idamkan, masing-masing belajar daripada kesilapan. Sebagai seorang kawan dan ex, hanya doa yang baik-baik kepada beliau.  :)

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal