Pages

PUISI : Soalan Tiada Jawapan

Bismillahirahmanirahim,

Tatkala mata terbuka hati tertutup,
Cinta tanpa rasa,
Sayang berlandaskan benda,
Aku tertanya apakah kita?

Hari ini berdosa esok bertaubat,
Hari ini buat lagi esok menyesal,
Tak ada kesudahan dalam kehidupan,
Adakala terdetik hati rasa tidak berguna,
Namun,

Pengakhiran yang aku fikirkan tidak halal disisi Tuhan,

Aku tidak mahu mengukur ketinggian bangunan,
Menanti badan pecah berkecai,
Aku mahu persediaan dan rela hati,
Mengadap dia dengan rasa tenang,
Mampukah?

Tiap penglihatan,
Tiap perbuatan,
Tiap percakapan,
Berapa peratuskah berlandas niat baik?
Mungkin kita rasa 100%
Wahal 1% pun susah nak dicapai,

Ah!
Hati kita, selalu merasa lega dengan sesuatu,
Terlalu suka bersenang lenang,
Wahal kitalah manusia tiada daya,
Lebih parah dari sang buta,
Yang mencari lauk disisi bangunan,

Aku rasa,
Erti keseorangan,
Erti kehilangan,
Erti pengorbanan,
Erti rasa berdosa,
dan
Erti Penyesalan

Tiap saat,
Tiap hari,
Tiap ketika
Dimana sahaja,
Aku medokong perasaan itu,

Aku lupa?
Tidak!
Aku tidak pernah lupa,
Saat siapa yang aku sayang,
Saat siapa yang aku agungkan,
Saat siapa yang datang dan pergi,
Saat siapa yang bersusah membahagiakan aku,

Adakala aku fikir,
Lepaskanlah mereka,
Biar mereka pergi mencari ketepatan hidup,
Biar mereka bahagia,
Jangan buat mereka menderita,
Meski dibenci,
Meski dibiarkan,
Aku terima keadaan,

Tidak!
Aku bukan manusia penting aku bahagia,
Tidak ada apa aku peroleh dari itu,
Aku juga berasa keseorangan hingga kini,
Ada kekosongan yang tidak pernah penuh,

Dalam hati kecil ini,
Aku sentiasa berdoa,
Kebahagiaan mereka yang pernah hadir,
Pernah mencuba,
dan
Pernah berpenat lelah,
Demi melihat aku berpuas hati,

Namun,
Hati aku tidak pernah puas dengan keseronokan,
Hati aku tidak pernah puas dengan kebendaan,
Hati aku juga tidak pernah puas dengan puji pujian,
Hati aku masih terasa kosong,
Ada cinta yang tidak pernah aku peroleh walau aku mengejar berkali kali,
Dia memberi tetapi tidak Ia datang sendiri,

Aku membelek diri ini setiap hari,
Memikirkan kekurangan,
Hilang segala seri dan sepi,
Aku bertanya "Apakah aku layak?"
Soalan yang tidak pernah terjawab
Sehinggalah hari ITU tiba...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal