Pages

Ayam Percit Kelantan

Assalamualaikum
Apa Khabar semua? Semoga sihat selalu dimana anda semua berada. Hari ni budu teringin nak kongsi resepi   masakan Kelantan. Antaranya Ayam Percit. Kalau dok Kuala Lumpur confirm time bulan puasa je la korang boleh balun ayam percit kaw-kaw. Budu tahu ada antara korang terer bab masak memasak. Budu tak pandai sangat, main campak je. Kalau jadi maka jadilah. Kalau tak jadi, keparit la jawabnya Hahaaha.

Bahan-bahan:
1 ekor ayam(potong 4)
3 cawan santan pekat(1 biji kelapa)
1/2 cawan air asam jawa
1 sudu teh gula pasir
1 sudu makanan halba
garam secukup rasa

Bahan untuk kuah ayam percit(dikisar):
15 tangkai cili kering
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
5 btang serai
1 inci kunyit

Cara-cara:
1. bersih ayam dan tuskan. gaulkan dengan garam
2.masukkan ayam di dalam kuali bersama bahan yang dikisar, santan pekat, halba, asam jawa dan gula sehingga sederhana masak(sehingga kuah pekat). pastikan kual dan ayam sebati.
3. letakkan di atas pemanggang dan bakar sehingga garing.

6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal