Pages

Ketupat Sotong Kelantan

Assalamualaikum

Semalam budu share tentang resepi untuk masak ayam percit, hari ini budu nak share resepi untuk buat manisan negeri kelantan, iaitu ketupat sotong. Di Kuala Lumpur ni tak payah cari, memang susah nak dapat. Lain la kalau pandai masak. Kalau tak pandai memang akan jadi banyak masalah. Mungkin pulut keras, kuah terlalu manis. Budu belajar masak resepi ni pun dari Umi budu. Mula-mula buat, pulut dia agak keras, tapi dah lama masak, pandai-pandai la taruk pulut, supaya dia tak keras . So selamat mencuba okey?^^



Bahan-Bahan:
2 cawan beras pulut
20 ekor sotong
santan(1 biji kelapa)
daun pandan
2 keping gula melaka
Gula
pencungkil gigi

Cara-cara:
1.Basuhkan beras pulut dan tuskan. Sotong dibasuh,dicuci perut dan buang tulangnya.
2. Masukkan secubit beras pulut ke dalam badan sotong dan cantumkan kepala sotong dengan badannya menggunakan pencungkil gigi tadi. (jangan letak beras pulut terlalu banyak, bimbang beras pulut tidak masak dan mengeras)
3.Masukkan santan ke dalam kuali, daun pandan, gula melaka dan gula secukup rasa. Masukkan sotong tadi. Kemudian kacau sehingga kuah menjadi pekat. 
4. Hidangkan bersama roti

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal