Pages

Petua Kurangkan Sakit Gigi^^

Assalamualaikum

Hari ni masuk hari ke-4 budu menahan sakit gigi. Nak kata ulser pun budu bukan ambil pusing sangat bab2 penyakit ni. Apa yang datang terima seadanya. Tapi bila sakit dah masuk hari ke-4, memang 'redha' tu dah tak ada. Cuak pulak rasanya. Bengkak sudah merebak ke lelangit sampaikan budu tidur pun boleh tersedak kelemasan T_T. Nasib umoq panjang lagi. (potong stim betol, masa tu baru nyenyak tido layan mimpi zaman perang nepoleon).
Bahagian yang budu rasa sakit sekarang(by google)

Bukan malas nak ke hospital tapi malas nak bersoal jawab dengan Doktor. Budu ingat masa kecik-kecik dulu sampai dah remaja, kalau sakit, umi yang akan bagitahu doktor budu sakit apa. Kalau nak budu bercakap, memang tak la... Budu kan pemalu..aceceh HAHAHA

ty pada Trigona Bee Honey bagi petua untuk kurangkan sakit, pakai madu kelulut katanya. Huh! memang bunyi pelik tapi lebah kelulut ni pernah budu tengok masa kecik-kecik. Tu pun sebab budu suka bakar sarang dia .. HEHE. Kalau senang nak dapat sumber dia, confirm budu dah sapu dah. Ini mana nak dapat tak tau... T_T

P/S: ada petua lain nak kurangkan sakit gigi, ulser atau bengkak rahang ???

6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal