Pages

Asam Pedas Kelantan

Assalamualaikum. Hari ni Budu nak share resepi asam pedas Kelantan punye. Siapa kata umo dah 25 tahun pandai masak semua jenis masakan, ada juga yang belum sempat diteroka lagi. Contoh terdekat Budu la. Dulu, balik kampung @ duduk dikampung dapat le
sekali sekala merasa asam pedas ikan patin umi buat. Dulu ingat-ingat lupa apa bahan dia. Minggu lepas ketegaq juga nak cari resepi asam pedas, sebelum ni hadap buku resepi asam pedas belah johor@ melaka. Bukan tak sedap cuma tak kena dengan selera Budu sebagai orang pantai timur. Nak juga asam pedas pior punya. Selepas Budu berkunjung rumah Busu di Rembau Budu jadi minat nak masak asam pedas. Bagi yang nak cuba meh Budu kasi resepi.

Bahan-bahan:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
daun kesum
bunga gantang
asam keping/asam jawa
lengkuas
kunyit(boleh pakai yang serbuk punye)
7tangkai cili kering(nak lagi pedas boleh tambah cili padi)

Cara-cara:
1.Tumbuk/Blander bawang merah,bawang putih,cili kering, lengkuas&kunyit
2.masukkan air dalam periuk(agak-agak), masukkan bahan yang korang kisar tadi bersama daun kesum & buangan gantang.
3. Tunggu kuah didih, masukkan ikan(boleh ganti dengan ikan kesukaan korang) dan masukkan asam keping, gula,garam & serbuk perasa.
4. Hidangkan bersama nasi panas. Sedap dimakan waktu makan tengahari & malam.

Selamat Mencuba

11 comments:

  1. betul la budu..apepon masakan kelate la yang palinggg sedap..tetiba kecur liur ni haaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Zee, apa pun makanan kelantan dekat di hati :)

      Delete
  2. Replies
    1. sama la Kak :D hari2 rasa teringin nk makan asam pedas :D

      Delete
  3. sampai dah tua pon mesti ade jer yg xtau masak semua jenis..yg penting kene selalu belajar..betul x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Luqman. tapi nak jg kena rajin .kalau malas sampai bila pun tak pandai :D

      Delete
  4. Saya jugalah rasa tertekan dengan makanan Kelantan melainkan keropok Kelantan (ikan, sotong, lekor) dan nasi kerabu yang boleh lepas dalam tekak saya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasiblah....saya ke mana2 menu kelantan tak boleh tinggal...

      Delete
  5. wah..bru ciap wat asam pedas ikan putih..xtw la jd x sbb xda daun kesum.

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal