Pages

Nasi Goreng Kunyit Simple

Gambar Hiasan
Assalamualaikum ^_^

Selamat Pagi & Salam Subuh. Bangun awal hari ni sempat buat nasi goreng kunyit. Tak tahu ke? Ish3...Nasi goreng kunyit ni orang
pemalas macam Budu je buat, huhu and bagi orang yang malas juga nak ke pasar beli barang dapur. Itupun Budu juga. Huhu...Sometimes, kita beli kunyit memburuk, membusuk dalam peti ais macam tu je. So sebelum kita beli barang dapur yang baru, elok la kita habiskan dulu yang mana ada.

Bahan-bahan

Kunyit 1Inc
Cili Padi 5biji (Nak pedas boleh tambah lagi)
Bawang putih 2 Ulas
Bawang Merah 1 Ulas
Telur 2 Biji

Cara

1.Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali telur. Takkan telur pun korang nak tumbuk, kan??? HUHU. Panaskan Minyak, goreng dulu telor kasi hancur. Angkat. Masukkan sedikit minyak untuk tumiskan  bahan yang ditumbuk tadi. Bila bau dah naik, masukkan sedikit garam dan bahan perasa atau gula (kalau jenis tak suka ajinomoto). Lepas tu, Masukkan nasi, gaul sebati dan masukkan telur. Kacau beberapa minit, Angkat & hidang. Tadaaa....

Ini resepi simple bagi korang yang malas pepagi buta ni nak potong ayam, potong sayur bagai, kan. Kekadang terlewat bangun and lambat nak pergi kelas or kerja, bolehlah cuba.

p//s:  Entah sejak bila aku jadi chefff???

6 comments:

  1. kita buat nasi goreng letak telur, lada hitam je...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun sedap juga Ainim Suju :D

      Delete
  2. assalamualaikum BB...wah nampak sedap jer ni...buat sarapan pagi...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam. Mama. Sedaplah bagi yg nak jimat huhu... janji kenyang :D

      Delete
  3. letak kunyi hidup ke... mcm sedap nanti nak try lah... dh follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunyit hidup la eny :D xda org goreng nasi pakai kunyit serbuk hahaha... tq follow me

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal