Pages

Resipi : Puding Roti Karamel


Assalamualaikum...

Budu bukanlah seorang yang bijak dan suka sangat
memasak manisan sebab Budu tak suka manis-manis tapi bolehlah untuk berkongsi resipi sedap ni untuk korang. Jom cuba!

Bahan A (Karamel)
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Bahan B (Puding)
10 keping roti (Dikoyakkan)
1 tin susu cair (400ml)
1 cawan air
1 tin air buah pic (Di dalam tin)
1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung kastard
Buah pic (sebagai hiasan)

Cara:
1.masukkan gula di dalam kuali dan biarkan kekuningan, kemudian masukkan air dan kacau hingga gula larut & mendidih.
2. tuangkan karamel ke dalam loyang. ketepikan
3. gadul rata semua bahan B di dalam mangkuk besar dan panaskan kukusan sehingga mendidih.
4. masukkan bancuhan ke dalam loyang yang ada karamel tadi dan kukus selama 30 - 40 minit.
5. Apabila sudah sejuk , terbalikkan perlahan-lahan ke dalam pinggan besar.
6. susun buah pic di atas sebagai hiasan. 

p/s: Mudah kan? Selamat mencuba :D

6 comments:

  1. tiba-tiba ia jadi sangat mengiurkan...

    ReplyDelete
  2. ok, lapaq balik....thanks for sharing ^^

    ReplyDelete
  3. Waaah...sedapnya kak..yaya suka karamel tapi... 😊 tak boleh dah makan manis.. Allah syg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..puasa2 bagus le makan manis...sebagai tenaga :D

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal