Pages

Kenapa Nasi Kerabu Menjadi Mahal?

Assalamualaikum...
BY google

Aku kadang terfikir jugak dalam palotak yang benak ni, kenapa menu kenegerian abaikan bahasa yang teruk ini jadi sangat mahal, terutama kat kota metropolitan ini. last aku makan nasi kerabu aku ingat lima bulan lepas. Harganya RM7...itu baru
tambah teluar masin. Belum lagi kau up ayam berempah or lauk pauk lain. Lagi satu cara masak nasi kerabu itu sendiri cacamarba maaf diatas bahasa yang kurang sopan . Aku ni dulu kuat makan, mana sahaja ada masakan negeri kelantan confirm aku updatekan diri kat situ. Kebanyakan yang berniaga nasi kerabu...diorang sendiri tak pandai masak nasi kerabu maaf cakap . Kenapa? Sambal kelapa dia kau tengoklah...kelapa goreng semata2 yang digaul dengan gula garam maybe + ajinomoto. WTF! Kau tau kelapa parut kalau kau goreng and buat nasi kerabu kat rumah, aku rasa kau boleh makan seminggu. Itu baru setengah biji kelapa. Aku membesar di pasir mas, kelantan so sambal nasi kerabu ni sebenarnya di bukanlah kelapa goreng semata-mata, ia akan dicampur dengan isi ikan yang dah direbus dan ditumbuk serta bawang merah bersama lada hitam. Kemudian dicampur garam gula dan sedikit budu sebagai penambah perasa. Digaul sebati. Kalau aku...makan nasi dengan sambal goreng pun dah sodap... Ini tidak...beli kat kedai dah la mahal ini bukan provokasi okey! lepastu lauk telur masin. Yang berangin tu....kelapa goreng kosong je kau tapau. Kalau tak tahu masak baik tak payah berniaga. Orang bekerja untuk dapat duit, duit pula untuk isi perut. Kita penat lelah kerja untuk keluarkan duit pada sesuatu yang berbaloi bukannya sekadar buang duit sahaja. Jujurlah sikit bila nak berniaga. Merosakkan tradisi je.

RM7 sebungkus baik makan sampah!

Kenapa aku cakap camtu. Kalau korang buat sendiri, kosnya tak mahal dan caranya pun tak rumit. Yang penting puas hati dari segi kebersihan makanan, dan kita spend money untuk sesuatu yang berbaloi. Last month aku ada try nasi kerabu di Pantai Puteri Melaka. Masa tu bulan puasa and adalah dekat bazar sepasang pasangan muda dari Kelantan berniaga. Aku saja nak try dia punya nasi kerabu. RM5 sebungkus tapi semua ada...ayam solok lada ikan celup tepung dll. Ini kalau RM5 pun aku rasa berbaloi.

2 comments:

  1. rumit ko nak buat nasi kerabu tu..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak rumit sangat tapi yang berniaga kekadang cacamarba...lepastu letak harga mahal...ingat tokey balak ke yang dok k.l...

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal