Pages

ZOO NEGARA : Animal Show

Hasil daripada gigihnya join peraduan nescafe, dapatlah dua tiket discount daripada POSmalaysia untuk pergi meroyan ke Zoo Negara Ampang. Hari aku pergi, pada hari bekerja jadi tak ramai orang, kurang sesak dan tak ada orang pula nak follow. Terpaksa aku hasut officemate teman aku tawaf Zoo Negara tu.


Dah macam kanak kanak ribena dah aku kat sana. Macam-macam benda baru yang ada. Sesat kat dalam zoo negara? Itu wajib, pusing-pusing tempat sama jugak. Ada sesetengah tempat sedang dibaiki dan dalam pembaikpulih. Banyak juga yang aku tak jumpa masa pergi iaitu kandang beruang, kandang buaya, kura-kura dan ular. Ruginya baru nak ambil gambar sambil pegang ular. Puiiii acah berani.

Kalau dulu bayaran masuk dewasa RM25, sekarang dah dinaikkan RM44 dan anda dapat tengok panda sekali. Dalam sana anda perlu diam dan tidak membuat bising. Kalau  bawa anak yang nakal kemain tu, pastikan tape dulu mulut depa ye HIHI.... Masuk pintu depan anda akan dipanggil oleh pekerja zoo untuk bergambar di tempat yang disediakan penuh dengan gambar haiwan-haiwan .
18 keping gambar siap diedit dan frame RM121.00 and semua gambar akan dicopy masuk smartphone anda. So sediakan kabel phone siap-siap..














2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal