Pages

2016 : Hiking Gunung Nuang

21 & 22 Ogos,

Anjing ni setia teman tepi khemah setelah habiskan setengah boatol
biskut mentega Budu
Selesai sudah perjalanan dan pergembaraan Budu mendaki dan camping di Hutan Lipur Gunung Nuang. Seperti biasa Budu akan bergerak dari rumah jam 4 pagi dan sampai di Hulu Langat lebih kurang pukul 5 pagi, Budu sarapan dulu (ambil tenaga) cari mood. Tunggu sampai azan subuh. Kali ni, Budu tak berhenti dekat Masjid dekat Simpang Empat Hulu Langat tu, tekak
ni tak nak makan roti canai di uli mamak lagi. Budu teringin nak makan nasi lemak atau nasi berlauk. Pasti ada. Alhamdulillah, jumpalah satu kedai sebelah jambatan Sg.Lui, Budu bantai laksam dua bungkus dan sempat tapau nasi lemak dua bungkus untuk makan setelah tiba di Kem Lolo. Budu start hiking, 8.30 pagi dan sampai dekat Kem Lolo pukul 10.15 pagi macam tu. Memakan masa sikit, sebab Budu bawa barang, khemah dan sebagainya ditambah pula Budu baru lepas operation jadi perjalanan sejam ke Kem Lolo tu ambil masa lebih sikit. Setengah jam perjalanan, Budu terpaksa makan ubat painkiller sebab terasa sakit pada bahagian rahim (Tempat operation).

Lata
Sampai sahaja di tapak perkemahan (kem Lolo), terus Budu pasang khemah, bantai nasi lemak yang ditapau pagi tu dan tidur. Agak zohor juga Budu bangkit. Bila hari dekat petang Budu buat unggun api dan masak nasi bersama sardin serta maggie goreng  dan air milo untuk sahabat baik Budu. Memandangkan mybff tu lapar tiap 5 minit sekali, jadi Budu masak nasi untuk dia. Kang ada yang gastrik, tak pasal-pasal. Jenuh ambulans nak panjat Nuang nanti Hehehe...

Malam tu sunyi sangat sebab hanya ada lebih kurang 3 group hikers sahaja. Al maklum lah isnin kan semua orang bertugas. Mybff je tak kerja, maybe sebab dia pemain sukan kat Rio kot...itu yang isnin bantai cuti.Hihi. Keesokan pagi, Budu bangkit agak lewat juga, macam biasa buat unggun api, masak lebih kurang and bermandi manda. Sempat lah nak tunggu petang tu, nak balik kami pergi bersih sikit kawasan yang bersemak dan bersampah sarap disebabkan oleh kepala air barangkali, ada sesetengah tempat berlumut dan licin. Sepanjang hiking, Budu dapat snap beberapa gambar, pemandangan menarik. Unik! Ada yang Budu pertama kali tengok. Ditemani anjing yang setia dan jinak serta tidak kurangnya kes seram. Nak tau apa? Tunggu next update.

Ini sekadar bunga biasa mengingatkan zaman kecil dulu suka main pondok2

Lipan Merah

Kupu-kupu

unik!

Sejenis serangga yang tidak diketahui nama

Buat air Milo O gitu



4 comments:

  1. erk, bawah gmbr kupu2 tu haiwan apa? kaki mcm lipan

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la Nour, saya pun first time tengok hihi

      Delete
  2. Replies
    1. Kalau masuk hutan, macam2 boleh jumpa tau :D

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal