Pages

Blogwalking Tinggal Link

Hari ni, Budu betul rasa tak sihat. Tidur je seharian. Sempat lah basuh cadar, sarung bantal bagai. Laptop langsung tak menyempat nak sentuh. Banyak buku-buku dibiar tak terbaca dan yang paling teruk sampai lupa nak makan. Petang tadi pula Budu ke Banting, niatnya nak
jumpa member and nak ajak minum teh hijau. Memandangkan Mok ada kerja lain, Budu pun tak boleh nak tunggu dia, jadi Budu balik rumah lepas pekena Mocha Blanded. Budu ni alah pada kopi sebenarnya, janji bau kopilah, terus kepala dah berpusing-pusing, semput bagai. Alamak. Nasib dah dekat dengan rumah time tu. Balik rumah tetiba lembik lutut, nak solat tak larat. Muka dah pucat. Terus mandi, solat (solat duduk) kemudian bantai nasi goreng dua hari lepas dalam peti ais. Lepas tu, bila dah rasa ada tenaga sikit, Budu masak maggie goreng. Itu pun tak habis. Perut dah masuk angin.

Ini menyempatkan diri buka blog jap and nak say thank you pada yang sudi blogwalking sini and jenguk sama je la maknanya tu serta komen. Apapun next time, kalau korang blogwalking, ada update terbaru blog korang paste je di ruang komen. Insya ALLAH lambat atau cepat Budu akan ke sana. Orait? HIHI

Good night guys/girls

9 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal