Pages

Di Ambil Kesempatan

Hari ni, Budu nak emosi sikit. Semalam sahabat Budu ada datang mengadu tentang dirinya yang DOWN. Ya, sesiapa pun termasuk diri Budu sendiri, sometimes kita akan pasti merasa sekali dalam hidup dugaan yang teruk dan kita tak berdaya lagi nak bangkit berdiri. Adakalanya kita tak boleh tipu kita letih, kita kecewa tatkala
didampingi dan mengenal orang yang sentiasa mengambil kesempatan dan mempergunakan kita untuk kepentingan mereka sendiri. Entah silapnya dimana, adakah kita yang sengaja membuka ruang agar mereka melakukan kejahatan terhadap kita? atau kita sahaja yang harus dipersalahkan atas nasib diri kita sendiri? Yang pastinya yang BAIK itu dari ALLAH swt.

Budu pernah merasa kesakitan, penderitaan...sungguh saat kita pejamkan mata, perit dugaan yang datang tak mampu kita luahkan dan kita hanya mampu menangis tanda protes terhadap hukum alam. Saat kita berhadapan dengan orang lain, kita berpura-pura bahagia, ceria untuk mengaburi pandangan orang sekeliling. Adakalanya kita lelah, redha.

Bagi Budu, orang yang sebegini, menghancurkan kepercayaan orang lain dan suka mengambil kesempatan terhadap rakan sendiri, kamu kena sentiasa ingatlah tiap yang kita lakukan terutama pada orang yang tak berdaya nak melawan dengan lidah, sikap kamu ibarat melantun bola ke dinding maka bola tu akan datang balik kepada kamu. Tiap perbuatan jahat kamu terhadap orang lain walaupun secebis rasa sombong tu akan pasti ada BAYARANnya dari ALLAH swt. Doa orang teranaiya itu diangkat, okey. Budu tak faham, bagaimana rasa kamu , bahagiakah kamu bila dapat hidup diatas air mata orang lain, orang yang banyak membantu kamu dengan ikhlas dan sentiasa ada bersama kamu saat kamu berasa teruk. Jauh mana sangat kamu nak lari, satu masa kamu akan rasa macam mana apa yang kamu buat pada orang lain tu. And kalau nak berniaga, janji nak bayar...Amanah la sikit, bila orang dah review tu kotakan janji. Ini sudahlah minta blogger review lepastu lesap kelaut. Memang hawau la orang macam ni.

5 comments:

  1. Singgah petang...
    Setiap manusia akan di uji dgn pelbagai cara..
    sometime mmg kita rasa marah,geram atas apa yg org buat pd diri kita..Tapi dari segi positifnya...Allah memberi kita pengajaran supaya di masa akan dtg kita lebih careful dlam apa juga keadaan :) smile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nieyl. Itu yang terbaik, berhati-hati selepas ni. Jangan lagi benda yang sama berulang.

      Delete
  2. Salam kenal dari Mama Jue.. Mama Followers #1391

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal