Pages

FAUZI AISUNAM, Siapa?

Alhamdulillah atas rezeki yang ALLAH bagi tak terhingga. Hari ni, Budu sesat dalam bandar Kuala Lumpur kes malas nak search lokasi rumah member. Sekali makan langsat (sesat mat barat). Sekali berhenti tepi highway search walau line macam siput. La...dekat Ukay Perdana ke? Tepuk dahi sat. Budu dah salah simpang dua tiga kali sebelum tiba di lokasi member. Lepas tu ngeteh jap di OLD TOWN SETIAWANGSA, hilang dahaga.
Kemudian, Budu teman member ke Selayang, katanya nak jumpa member seperjuangan. Dalam nak on the way, boleh pulak dia UP MARKET Budu. Meragam betul Haha. Sampai dekat Selayang Mall, Budu rasa gugup sat, rasa nak je Budu marathon balik. Tak biasalah nak lepak dengan artis ni. Budu ni dah la nerd, selekeh pula tu. Budu jarang sangat nak masuk K.L semata nak lepak, memang kirim salam la. Kalau bukan sebab member, memang tak terjejak Selayang tu.

If muka Budu ni tebal 5 inci, Budu gagahkan juga nak hadap muka orang yang Budu tak kenal tambah pula lelaki, Budu sangat tak suka. I mean bukan anti lelaki cuma agak janggal nak lepak dengan orang yang first time jumpa. Budu tak banyak cakap pun, member je dok cerita pumpang-pumpang pasal muzik dan sebagainya. Dia ada cerita lebih kurang pasal FAUZI AISUNAM ni yang lebih dikenali dengan kumpulan The Federated yang memperjuangkan lagu matel atau aliran keras, apa tu?  Budu pun tak tahu. Tak lama kemudian, si FAUZI AISUNAM ni letak dua keping CD yang clear terpapar muka dia. Cukup untuk kami berdua. Budu  belek-belek. Ada yang menarik juga terutama pada liriknya. Apa yang Budu nampak pada penyanyi berusia 42 tahun ni, dia slumber and peramah juga la. Sifat malu-malu tu ada sikit sebab member Budu suka buang tebiat, membahan orang.

Fauzi AISUNAM
Balik rumah, Budu cuba dengar CD yang dibagi sambil search tentang band AISUNAM. Layan jugalah lagu beliau yang bertajuk KINI AKU SENDIRI & BUKAKAN KU JALAN. Tapi kat youtube belum ada lagu-lagu ni. Lagu yang berentak slow dan ketuhanan ni sedap didengar dan boleh diterima telinga bagi orang yang buta muzik macam Budu ni. Kat bawah ni ada video lagu aliran keras AISUNAM ni. Cubalah dengar nanti. Blogger SHAQMETAL ada story juga tentang band mereka. Rupanya mereka bukan calang calang band, muzik mereka ada peminat tersendiri juga.





No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal