Pages

Jururawat Kasar

Ini terjadi hari kedua Budu teman Fira di wad. Budu nampak dah makcik kat katil sebelah tu, tapi Budu buat tak tahu je lah. Malas nak ambil port hal orang. Al maklum tak nak bermanis mulut sangat. Datanglah sekumpulan jururawat berMASK dan berAPRON bagai. Dia tanya Fira "Pakai pampers tak?" Budu tolong jawabkan TAK. Ooo baru ku
tahu, rupanya dia nak tukar pampers. Balik cerita bab makcik tu, dia kencing manis, kaki luka dan darah sampai meleleh-leleh padahal dah balut tebal-tebal. Last jururawat tu lapikkan plastik supaya tak terkena cadar. Darah kalau kering, jenuh jugak nak menyental. Jururawat tu tanya makcik tu dia pakai pampers tak, makcik tu cakap anak saudara dia dah tolong tukarkan tapi jururawat tu buat tak tahu je. Aku fasih jugak bahasa indon sikit2 Diorang berkerumun makcik tu tukar pampers la kot  tetiba dengar bising-bising "Ini lebih kurang anak aku juga nih. Degil! Degil!" (Dalam loghat kelantan)  potpet potpet mulut salah seorang jururawat kat situ. Budu pun jeling tengok apa kes. Fira pun bisik la kat Budu, "Makcik tu Indon. Tak ada IC." Oh mungkin sebab tu layanan dia macam tu. "Tadi kan nurse tu cakap, pakai cap kepala banyak kutu." Budu berpaling bila dengar seorang jururawat belakang Budu tu cakap kat makcik tu "Gosok-gosok kepala tu macam ni."Sambil ditonyoh-tonyoh kepala makcik tu umur ada dalam 60an . Dalam hati timbul rasa kasihan. Selepas beberapa jam, anak buah makcik tu datang, Budu terdengar makcik tu cakap dekat anak buah dia yang jururawat tu panggil dia bodoh sambil menangis. Alamak!. Sebelum tu Budu nampak la masa 2 orang jururawat pasang plastik kat hujung katil makcik tu,muka bengis, sinis mengata makcik tu..."Cuba tengok menangis. Dah kenapa nak menangis!." keras suara jururawat tu. Budu mengeluh dalam hati. Masa Budu nak balik, makcik tu tengok Budu, Budu senyum je lah...dia senyum tapi muka dia kesian sangat, malu mungkin.

Sorry la Budu cakap, service, layanan sangat-sangat teruk. Macam mana seorang yang tak ikhlas berkhidmat kepada masyarakat, manusia khususnya diambil jadi jururawat. Kalau tak ada kesabaran balik duduk rumah , jadi housewife dari hari-hari datang kerja mengumpat pesakit, komplen itu ini and kasar dengan warga tua @ pesakit... OMG. Fira yang tak boleh bangun tu dibiar seharian tak mandi, tak makan dan baju pula suruh diambil sendiri dari almari. Itu belum lumpuh. Sekurangnya tanya. Cerita sesama diorang pasal buruk pesakit. Masya ALLAH. Ini segelintir la ek Budu cakap jururawat macam ni. Ada yang baik tu, baiklah. Alhamdulillah.
Kita stress macam mana dengan kerja jangan la lepas kat pesakit.  Saya sendiri masuk wad 4 kali, ini pertama kali saya jumpa sekelompok jururawat macam ni. Masa warded hari tu, saya tak pernah dilayan macam tu, kasar bengis, malah jururawat tawarkan lagi untuk tolong mandikan Budu, tapi Budu seganlah macam tu. Orang luar tengok segala eset kita.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal