Pages

KEM WARDIEBURN : Teh Tarik 1, KL F.M

Assalamualaikum.

Penat semalam masih terasa lagi. Ini penangan pergi tengok konsert di Kem Tentera Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur. Perghhh! Merayap mata time nak balik. Kebetulan masa pergi semalam, Budu dah agak nak selsema dan demam tapi sebab dah janji dengan member nak
jumpa di Kem and tengok konsert tu, jadi gagahkan diri jugalah. Ada band dari ATM sendiri perfome, suara ala-ala Dato' Siti gitu. Apa yang dinanti lelaki-lelaki bujang adalah Miss Ushera, katanya cantik molek. Pergh sekali muncul memang tak dinafikan kecantikannya dengan berkebaya tu, menyerlah sangat keanggunannya.

Meriah jugalah, ramai pengunjung dari dalam dan luar Kem Wardieburn sendiri. Ada juga gerai menjual pelbagai makanan ringan, snek camtu. Pergh buat perut terasa lapar. Paling yang Budu nak tunggu myfav artis Khai Bahar. Hehe...Ada beberapa artis lain lagi yang turut serta seperti Joey BPR dan Najwa Latif.  Selepas selesai, Budu keluar dari Kem, pergi makan area Wangsa Maju, pekena Tomyam, nasi goreng cina dan air carrot susu. Serta merta rasa mata mengantuk tapi kena tahan juga sebab ada lagi progrem selepas konsert  anjuran K.L fm tu berakhir.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal