Pages

Lepak Santai Bersama Vokalis AISUNAM Band


Lepas balik dari Kem Wardieburn, Budu ingat nak terus balik ke rumah je tapi teringat pula penyanyi Fauzi Aisunam a.k.a Puzi Aisunam tapi Panggil Abang G je, memandangkan dia dah pangkat pakcik gitu hehe okey! gurau je , dia cakap kalau Budu dah di K.L suruh inform dia.


Sampai saja di Selayang, nampak Abang Puzi dengan member dia tengah lepak, baru nak ngalas perut. Alamak salah masa pula. Tapi, sudah sampai, maka bersidanglah kami bertiga. Borak punya borak, Abang Puzi cerita tentang satu produk bernama Istylo network (nanti Budu cerita dalam next post, apa Istylo ni).

Duduk semeja dengan Abang Puzi, datanglah ustaz, borak punya borak, laaaaaa...orang kampung aku rupanya. Malu dah secupak kat situ. Lepas tu datang lagi sorang Siak, nasib orang jauh sikit dari kampung aku tapi orang kelantan juga. Makin lama makin ramai pula. Penuh satu meja. Tak cukup kerusi la senang cerita. Dengan sikap Abang Puzi yang slamber and sporting, mangsanya akulah, dijadikan bahan melawak. Memang kecut perut betul, asyik ketawa je. Ada je ayat dia nak 'goreng' aku kat situ. Sambil tu Abang Puzi share beberapa video clip sepanjang karier dia sebagai artis. Yang Budu tertarik satu vclip bersama Kaza. Siapa tidak kenal Kaza, dia adalah pelakon dan berlatar belakang nyanyian suatu tika dulu. Hebat bila dia tarik lagu Madah Berhelah tu. Perghhh! terpana kejap.

Budu tengok jam kat tangan, dah lewat...borak...borak juga tapi Budu tak boleh slumber badak balik lewat malam, jadi cepat-cepat minta diri untuk balik. Mata pun dah rabak, kepala pening dan tekak Budu pun terasa agak sakit juga.


No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal