Pages

Mental Tak Kuat

Agaknya beginilah perasaan orang sakit kronik, mula-mula memang redha, depan orang still boleh senyum selamba biawak. Bila hari berganti hari, badan dah tak ada stamina dan kesihatan merosot, diri mula jadi manja. Nak menangis tak menentu, emosi tak menentu dan yang paling teruk bila kita dah tak boleh keseorangan dan perlu move out dari kepompong kesunyian tu. Arghh! stress...sebenarnya kesunyian tu 'virus' yang
melemahkan semangat kita , membuat hidup kita rasa celaru dan kusut. Mungkin sebab tu la orang  yang sakit kronik ni perlu sokongan orang sekeliling tak kiralah sedara mara kah, kenkawan kah, janji moral support!. Member Budu pernah cakap, if kita sedih dipulau keluarga, dikhianati kawan...sebolehnya kita jangan sebut, jangan ingat dan jangan cerita lagi. Kalau kita dok cerita je ibarat kita masih tak 'lepaskan' mereka atau kita tak maafkan mereka. Nak jiwa tenang, maafkan, tutup buku! dan jangan buka lagi cerita lama, jangan ungkit lagi kepahitan lampau. Benda lepas biarkan ia berlalu. Tak pun tulis dalam kertas A4, gumpal dan campak jauh-jauh. Nak makan pun boleh, kot hadam jadi najis kan.HAHAHA.... Uit! jangan buat okey!... Gelak-gelak jugak tapi ada betulnya, kita selalu sangat, macam tabiat...apa-apa jadi pada diri kita, kita suka meletakkan kesalahan atas sesuatu, atas seseorang. Kenapa kita tak tengok diri kita dan soal diri kita? Kenapa ALLAH izinkan ia berlaku pada kita? Mesti ada kebaikan, mesti ada hikmah...belajarlah daripada apa yang kita alami itu. Fikir positif dan berhenti menyalahkan orang lain. Bila kita dikhianati kawan, contoh la...cuba kita cakap..."Itu salah aku, bukan dia.." ini  bukan bermakna nak label kita NEGATIF or JAHAT tetapi melatih kita jadi pemaaf dan tidak berdendam. Kata Abang Puzi, dalam sujud terakhir tu...berdoalah jadikan kita seorang pemaaf, jangan jadi seorang pendendam. Minta satu itu dulu cukuplah, kita nak minta dengan ALLAH kan banyak...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal