Pages

Pembunuhan Black Dahlia

Black Dahlia

15 Januari 1947, Elizabeth Short di bunuh dengan tragis iaitu dikerat kepada dua bahagian di Taman Leimert, Los Angeles. Elizabeth disahkan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah. Selain itu terdapat torehan dari mulut hingga ke telinganya.

Kes Black Dahlia
menjadi sangat rumit sehingga polis setempat terpaksa mendapatkan bantuan daripada pihak lain untuk menyelesaikan kes tersebut. Beratus orang didakwa dan disoal pula oleh ribuan polis Los Angeles. Namun, pembunuh Elizabeth tidak ditemui.

Elizabeth Short merupakan anak kepada pemilik kelab golf yang lahir di Hyde Park, Boston Massachusetts. Pada tahun 1930, ayahnya menghilangkan diri apabila perniagaannya muflis. Kereta ayahnya ditemui diparking sebuah jambatan dan disyaki telah membunuh diri.

Selepas kejadian itu, Elizabeth berpindah ke sebuah apartment kecil dan menjadi seorang penulis buku. Elizabeth masih yakin ayahnya masih hidup dan menetap di Califonia.


6 Bulan sebelum kematiannya, Elizabeth berada di Los Angeles namun dia tidak menetap disana sebaliknya hanya singgah dibeberapa hotel, apartment dan rumah-rumah tumpangan tidak melebihi dua minggu. Banyak pihak tertanya siapakah pembunuh sebenar Elizabeth Short. Wartawan Los Angeles Herald-Express Bevo Means dalam sebuah rencananya menyifatkan pembunuh Elizabeth Short adalah orang yang pertama kali menyifatkan pembunuhan ini sebagai BLACK DAHLIA.


September 2006,Brian De Palma mengarahkan filem berjudul BLACK DAHLIA yang diterbitkan oleh Universal Pictures dan dibintangi oleh Josh Harnett dan Scarlett. Filem ini ditayangkan oleh 2226 pawagam di seluruh dunia. Filem ini mendapat tarikan ramai. Filem yang diadaptasi dari kisah realiti iaitu kes pembunuhan Elizabeth Short.

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal