Pages

Program Minggu Ini

Alhamdulillah, hari ni terasa lega sikit. Badan pun tak ada rasa menyengat macam semalam. Terima buat sahabat-sahabat blogger yang mendoakan kesihatan Budu. Memandangkan badan dah sihat, Budu bercadang nak hiking and camping sekali. Lagipun dah lama
sangat tak camping. Hari tu lepas sebulan operation adalah juga Budu hiking tapi hanya boleh naik sampai 6.7KM je, tempat operation tu sakit kemain. Kali ni sahabat budu ajak hiking and camping,memandangkan kitorang dah lama tak camping sama-sama. Ialah BFF Budu tu sibuk, al maklumlah orang yang kerja BERNAMA ni, retis kemain. Nak berjumpa pun kena set date betul-betul. Alhamdulillah, kali ni diberi keizinan dan masa sesuai untuk bercamping. Budu tak ada tempat camping lain selain Gunung Nuang, itu je tempat favourite Budu. Malas nak jelajah jejauh dan yoyoan sangat, nak pergi keluarkan peluh je pun, sambil  tu boleh menikmati keindahan alam, bukan nak berlumba kalahkan Usain Bolt. Memandangkan Budu tak tahu sangat keupayaan Budu selepas operation tumor hari tu, jadi Budu cubalah naik perlahan-lahan. Semalam ada juga terasa berdenyut-denyut pada tempat operate tu, taklah menyengat sangat pun. Insya ALLAH boleh. Doakan Budu selamat pergi dan balik. Doakan kalian juga agar sihat hendaknya dirumah dan dimana berada. Amin.

9 comments:

  1. semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesihatan..

    ReplyDelete
  2. bedah tumor ?..waa..bgsnya budu g hiking sume nie..bestnya!

    ReplyDelete
  3. Blogwalking. Hiking bagus sangat kan.lgi2 kalo ade geng yg leh teman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah. saya pun nasib ada bff yang sama minat. Tak payah sangat nak hiking. hobi memang kena bekorban

      Delete
  4. You are so rajin lah nak pergi hiking etc.
    I don't really like any outdoor activity. But I like seeing people do all that haha XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think, one day u must try to join. adventure and fun...kepuasan tak terhingga melihat ciptaan ALLAH dari sudut berbeza.

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal