Pages

Seram! Pengalaman Hiking...

Sepanjang Budu hiking, 8 tahun lebih kurang. Ini kali pertama Budu dengar sesutu yang Budu paling takut nak ingat, mahupun takut nak tengok. Kalau cerita mistik bab hantu dan sebagainya, rasanya itu boleh diterima akal dan buat tak tahu lagi sebab dalam hutan ni kalau kita galak sangat pun tak boleh, adalah 'penjaga' atau 'penghuni'nya.


Ini berlaku dalam perjalanan turun Gunung Nuang. Masa nak turun, dalam kepala ni asyik terbayang je kelibat si Belang. Budu terasa tak sedap hati. Sepanjang perjalanan terasa diperhatikan, diekori. Tak lama dulu, pegawai ranjer yang jaga kawasan tu ada cerita, dalam hutan ada juga Harimau, sometimes bunyi belah sana, belah sini sambil menunjuk ke arah hutan lipur Gunung Nuang tu. Telan air liur juga Budu time tu. Serius, Budu pernah hiking sorang-sorang. Entah apa mimpi time tu. Berbalik pada cerita Budu tadi, masa tengah-tengah perjalanan tu Budu berhenti snap gambar lipan yang tiba-tiba melintas, warnanya merah dan badannya sebesar rantai motosikal. Besar kot bagi size normal yang biasa kita lihat. Tiba-tiba ada sekumpulan monyet bertelingkah, suasana sunyi tiba jadi riuh. Monyet seperti bergaduh atau melarikan diri, ada yang hampir terjatuh dari dahan. Dalam bunyi bising sang monyet tu, tetiba Budu macam kenal ngauman tu. Aik! Dup dap dup dap. dekat benar bunyinya. Budu apa lagi, suruh mybff cepat-cepat jalan...Budu teringat masa pergi zoo negara hari tu, Budu ada melawat kandang harimau, jadi mustahil Budu tak kenal ngauman seperti tu. Budu jalan laju-laju, sampai la pondok last, Budu berehat sekejap. Lutut tetiba rasa lemah dan badan tak bertenaga. Budu selongkar beg galas Mybff, rasanya masih ada lagi sisa maggie segera yang dibawanya, masih belum terusik. Budu bantai mentah macam tu je sebab nak bagi badan ada tenaga. Pagi tu, Budu makan sikit je Bubur. Alhamdulillah, harimau tu tak betul-betul muncul kat depan atau Budu nampak kelibatnya walaupun ngauman tu dekat sangat dengan kitorang. Akhirnya kami sampai juga kat bawah dengan selamat. Apapun, itu tak menghalang minat yang menebal nih. Hiking tetap hobi utama Budu.

4 comments:

  1. binatang buas & manusia buas lbh menakutkan dr hantu

    ReplyDelete
  2. hoh baca pun dah seram!! berani nyer dikkkkk hiking ke dalam sangt..huhuuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minat kak wa, tak boleh elak dah tu. :)

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal