Pages

Siapa Aku?



"Awak terlalu baik. Tak pernah saya jumpa perempuan sebaik awak."

Terkesima jap. "Apa yang baiknya?."

"Saya kagum dengan awak, awak luar biasa."


Air mata ni mengalah juga petang ni. Member terkejut bagaimana aku boleh menjaga seorang yang bukan dari darah daging sendiri, bukan adik sendiri dan dia adalah Ex-Gf
adik Budu.Budu tak ada ayat nak huraikan tapi cuma Budu rasa bertanggungjawab untuk menjaga dia dan hanya Budu tempat dia berharap. Lagipun dia dah macam adik Budu sendiri, Budu kan tak ada adik perempuan. Budu ulang alik dari K.L ke Puchong dua kali sehari, memang penat tapi mungkin ini juga ujian dari ALLAH dan pastinya ada hikmah bermakna yang tersirat. Kenapa? Mengapa? Hanya ALLAH sahaja yang tahu. Apa yang Budu lakukan untuk Fira adalah yang sepatutnya Budu buat sebagai seorang manusia, kakak dan musafir di Bumi ALLAH. Tugas diri ini untuk MEMBERI barangkali sudah banyak MENERIMA. Budu belum layak dipuji kerana Budu tak sebaik mana pun. Apapun Budu berdoa dan berharap juga, kita sayang sesama kita, tak kisah siapa pun. Mungkin kita pernah disakiti tapi jangan sekali-kali hilang sifat keperimanusiaan. Semoga ini boleh jadi tauladan buat semua. Ada lagi insan diluar sana yang sanggup berhabis wang, masa dan harta untuk orang yang bukan sesiapa baginya. Mudahan segala dalam lindungan Yang ESA.




4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal