Pages

Bila Kita Belum Cukup Baik


Budu tak pernah ada kawan perempuan yang rapat, close macam adik beradik. Last Budu pernah ada BFF gegel masa menuntut Form 6, nama dia ADLIN ZULAIKHA (Kakak), 99% lagi lelaki. Sebelum Budu bertukar sektor pekerjaan, dari  construction kepada factory/Industri memang Budu tak ada kawan perempuan, lelaki pun ada tapi hangat-hangat taik ayam macam tu la. Jenis nak ambil kesempatan. Realiti!

Masa Budu kerja di warehouse Shah Alam, Budu berkawan dengan dua orang operator namanya Siti Nurbaya dan Nurkhairulnissa. Budu ingat lagi first time Budu lapor diri, diorang langsung taknak tengur Budu. Budu senyum pun, diorang tak balas. Cuak jugak nak buat peramah. Mungkin sebab Budu kerja office dan diorang kerja production. Masih fikir positif. Selepas 5 bulan Budu kerja di syarikat tu, diorang mula rapat dengan Budu, itupun selepas Siti Nurbaya tu dibuang kerja kerana skandal syarikat. AHhhh mainan politik dalaman tu semua. Budu tak pernah judge pun . Sebab diorang rapat pun sebab BUDU. Budu ada bagi BUDU dari kampung, sebab stok terlalu banyak kat rumah so Budu bagi pada Kak Yatie, leader bahagian QC. Tak sangka Kak yatie pergi share pada orang lain and then dari situ diorang berdua rapat dengan Budu. Mula-mula agak janggal juga bila Budu kerja 5 bulan baru diorang nak tegur.

Nak dijadikan cerita, sepanjang kenal, Budu banyak berhabis duit.Belanja makan dan bawa diorang jalan sana sini. Budu bukan mengungkit tapi nak kongsi supaya korang boleh fikirkan. Budu nak kata gaji banyak tu, tak lah tapi memang Budu tak lokek bab duit terutama dengan kawan-kawan. Mybad. Pergi bercuti, Budu keluarkan duit dulu untuk bayar hotel. Taknak hotel cikai, nak ada swimmingpool. Ok RM250 satu malam. Budu biasa travel, so bagi Budu banyak cara untuk selesai masalah. Diorang cakap belum gaji, belum gaji... Okey... Budu dahulukan duit. Bab ini tak payah nak cerita panjang nanti orang cakap riak pula.

Satu tika, Budak production nak kawin, di Tanah Merah,Kelantan. Dekat dengan rumah Budu. Ikut plan asal kami nak balik naik kereta Budu je. Aleh2 tetiba diorang ajak Kak Yatie join. Budu dah mengeluh, sebab Budu kenal perangai Kak Yatie tu. Budu nak pergi sendiri, Nisa plak ugut tak nak berkawan, tak nak teman lunch lagi. Selepas fikir panjang, Budu akur juga. Sehari sebelum balik kelantan, Kak yatie dan buat hal, dia push Budu suruh call customer percepatkan update QCTAG dalam sistem. Sehari sebelum tu Budu dah jumpa Manager bahagian IT a.k.a customer yang merupakan jiran Budu. Budu dah bincangkan hal ni tapi En.Rahman cakap, kita customer. Budu hanya boleh download QCTAG tu  bila mana dia update selepas dua hari update DI ITEM. Aleh, Kak Yatie cakap "Tak payah la. Nanti saya cakap sendiri dengan Roslan, Tak paham bahasa!!!". Aduh..time tu Budu memang nak je cencel pergi Kelantan tu. Tapi lastminute Budu ikut jugak. Masa dalam perjalanan balik, antara Gua Musang dan Kuala Krai, Budu minta dengan Kak yatie nak replace driving, sebab sebelum tu dia hampir terbabas. Budu kecut perut. Lagipun dia dah semalaman driving. Dia tak nak bagi, mungkin sebab kereta dia. Budu pun cakaplah..."Tadi pun akak hampir terbabas tau...seram saya." tak sangka pula dia ambik hati...terus dia keluar ayat sentap and perli-perli. Aduh sekali lagi kesabaran teruji. Dipendekkan cerita Kak yatie boleh pula singgah melawat adik ipar dia, and pergi makan gerai dekat umah Budu, dia pandang Budu jeling2. Itu okeylah...lepastu dia masuk rumah Budu(Rumah kampung lama) dia tilik atap dinding and semua yang annoying pada matanya. Budu perhati je. Lepas tu Budu ambil masa tidur sekejap, bila Budu bangun Kak Yatie datang pada Budu, dia cakap nak bermalam di rumah mertua dia, katanya mertua nak sangat jumpa anak dia. Budu dah menyirap...sebabnya sebelum balik, dia cakap "Balik sama-sama, nanti nak pergi mana-mana akak bawaklah." Sampai kelantan, kita kena ikut dia. Sekali lagi Budu cakap, tak apalah kereta dia. Baya dengan Nisa seolah dah berpakat dengan Kak Yatie, so Budu cakap "Tak apalah..korang pergilah. Saya boleh pergi dengan member."

Terus diorang turun dari rumah Budu dan  diorang tinggal Budu di Kelantan macam tu je. Balik K.l Budu balik naik bas je. Di pejabat, Budu buat seolah tak ada apa-apa pun, seolah apa yang berlaku di kelantan tu hilang. Meskipun, 3 hari Budu menangis. Tapi Baya dengan Nisa mula berubah, diorang nak tak nak bercakap dengan Budu. Sampailah satu hari, Budu teman Kak Leha, officemate Budu keluar makan. Sebab kat office ada kami berdua je hari tu. Kesian dan tak sampai hati nak menolak. Masa nak pergi lunch, Baya dan nisa nampak Budu naik kereta Kak leha. Sejak hari tu diorang tak nak bertegur sapa. Bermulalah perang diantara kitorang. Setiap hari diorang caci maki Budu, mengumpat dan fitnah Budu. Jarak surau dengan meja Budu tak sampai sedepa, so suara Baya dan Nisa tu boleh dengar dengan jelas. Hari demi hari hal yang sama berlaku. Officemate lain hanya cakap sabar...sabar...  tapi hari tu Budu memang hilang sabar. Dia pengaruhi semua orang untuk benci Budu dan dia cakap Budu bujang mengaku kawin, dia cakap Budu skandal dengan Bos dan macam-macam lagi termasuk anak dara manager warehouse conteng form OT yang Budu buat. Itu arahan Bos. Dia ingat Budu nak ke buat kerja free, balik lewat malam? Bukan pulun OT tapi tolong ringankan beban rakan sekerja. Bukan macam diorang pukul 5 dah cabut. Yang jadi mangsa Budu lah. Tak salah nak tolong orang bawahan tapi kalau Budu yang kerja office pukul 1 pagi kat pejabat lagi...itu kerja ke kuli batak? 

Moral of the story...JANGAN cepat SAYANG, JANGAN cepat CERITA HAL PERIBADI, JANGAN target 100% rasa percaya pada sesama jantina sebab 89% tak mustahil mereka akan AIBKAN kita dan tikan belakang kita. Budu fikir...cepatnya mereka lupa jasa-jasa Budu, cepatnya mereka berubah hati dan cepatnya mereka buang Budu. Budu tak minta balasan cuma sekurang mereka berfikir sebelum buat sesuatu. Masa semua orang cerita Buruk dia, Budu terima dia seadanya baik mahupun buruk. Budu sayang diorang macam saudara sendiri. 

Sejak bermasam muka, Budu diamkan apa yang dikatakan diorang. Budu sabar...sabar...sabar...Budu masih bagi diorang peluang untuk betulkan keadaan atau sekurangnya berhenti bersikap macam orang tak sekolah. Tapi sayang...dia terus AIBkan Budu sampai Budu berhenti kerja. Budu pun tak nak tanggung dosa dia yang mengikis duit suami orang, porak perandakan rumahtangga orang untuk dapat duit poket . Kesian...gaji sebagai operator rm800 sebulan dan janda beranak 2 merosakkan institusi janda semalaya dengan perangai macam ni. Kerja datang tak datang, duit tak cukup...binasa pula hidup orang lain. Nak pakai mewah tapi ... sendiri faham lah. Budu dah lama nak buat macam ni, dia boleh malukan Budu satu company, Budu boleh nak buat dia malu satu dunia tapi taknaklah terikut bodoh macam tu. Kita dah tau status kita tu menyebabkan orang pandang serong, bermoral la sikit, umur pun dah cecah 31. Janganlah berkawan dengan budak umur 23 and 18 tahun dan rasa kita hidup abadi pula. 

Ini pengajaran untuk perempuan diluar sana, bila ada kawan baik, yang sayang kita hargai kita...kita jagalah sebaiknya. Nak cari musuh memang banyak tapi nak cari orang yang jatuh bangun disisi tu, payah. Pakwe pun belum tentu nak stay dengan kita sampai bila bila, last dimadukan or ditinggalkan juga. Dan...jangan pergunakan orang lain untuk kesenangan diri kita, hari ni hari dia, esok mana tau ALLAH bagi lebih lagi pada kita. Waspada.

Tak cukup baikkah Aku?

#TakKisahKenaKencam

2 comments:

  1. sy fhm rasa sakit hati tu, tp doakan je la kat dorg supaya berubah. 1 ari nnt dorg akan dtg sujud minta maaf. insyaAllah

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu. Masa tu tak taulah macam mana.

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal