Pages

Tiga Hari di HKL

14 Ogos, 2 petang

Seperti biasa Budu teman member pergi gym, hari tu sangat tak ada ada mood nak pergi gym. 50-50 je perasaan time tu. Tapi memandangkan dah sampai and dah bayar jadi teruskan je la. Kaki time tu rasa betul-betul tak kuasa nak
melangkah. Cakap kat member, bagi masa dua jam and then kita balik. Tetiba ex girlfriend adik Budu mesej tanya tentang HKL (Hospital Kuala Lumpur). Budu dah agak mesti dia nak Budu hantar dia pergi sana. Dia cerita lebih kurang bla..bla...bla.. and Budu pun minta diri untuk balik, member pun mood bersukan kelaut juga time tu. Lepas hantar member balik terus Budu balik rumah and bersiap lebih kurang and pergi hantar Fira ke HKL.

(HKL)

Budu bawah Fira check-up and tetiba masuk emergency room. Bayangkanlah Budu menunggu dari 5 petang sehingga satu pagi. Budu masuk mula-mula tanya nurse "Adik saya ni macam mana?." Nurse tu cakap kita tunggu Doktor check. Jam dah pukul 10 malam, Budu tanya lagi, "Nurse adik saya ni macam mana, kena tahan wad ke?." Dia cakap dia check dulu, x-ray dan baru bagitahu.Serius!Baru nak check? Jam dah menunjukkan pukul 1pagi, mata mengantuk, perut lapar dan kepala berdenyut. Ini boleh bikin ana marah!!! Budu tanya sekali lagi, kali ni emergency room tu banyak pesakit baru, mangsa kemalangan jalan raya. Ramai doktor tapi doktor pelatih. Kesana kemari, aku pandang je doktor 4 orang yang hanya duduk di kaunter dan memandang je Budu yang terkulat kat situ berdiri minta diberi informasi. Hampeh! Datang seorang doktor lelaki muda, muka ketat. Dia cakap bla..bla...bla...(serius aku sendiri tak faham). Dia cakap Fira ditahan dan tunggu esok report keluar. Langsung tak pandang Budu, dia bercakap dengan siapa??Masalah Budu ni penjaganya. Ingat Budu suka duduk situ dari siang, tak makan tak minum, letih, lapar lagi.Dia ingat kita nak jadi TIANG GOL..karang dengan dia-dia aku AUMMMM...Budu tanya Fira, dia faham ke? Fira cakap "Aku pun tak faham Chik apa dia cakap." Ya Allah...

15 Ogos, 2 pagi,

Budu minta Fira sendirian malam tu, sebab BUdu perlu balik untuk ambil baju dia dan segala keperluan Fira. Rumahnya di Wangsa Maju. Malam tu BUdu speed 140km/J untuk cepat sampai dirumah. Seorang perempuan balik lewat malam berseorangan, sesuatu yang sangat bahaya okey. Kecut hati paru limpa dan jantung den.

8 pagi. 

Kesan berdenyut semalam masih terasa lagi. Berat sungguh hati nak pergi HKL lagi. Fikirkan jem, fikirkan cuaca. Budu rajinkan diri juga. Masakkan bubur untuk Fira dan terus ke HKL. Sampai HKL dekat pukul 12 tengahari. Parking berbayar itu BUdu tak peduli. Mengeluh berat bila dompet ada dua tiga keping not RM1. Budu cuba tak tunjuk tu masalah aku sekarang. Hati ni sebak ada, sedih ada...fikirkan keadaan Fira. Hikmah jugalah Budu tak bekerja sekarang ni. Sampai di wad, Budu angkat Fira, memandangkan dia tak boleh bangun sendiri. Budu bawa ke bilik air, mandikan....terasa nak menitis air mata tapi bukan di depan dia. Lepas mandikan, Budu bagi makan bubur. Itupun dua sudu je dia try. Tak sedap kot air tangan aku ni.

4 petang,

Fira lena. Novel yang Budu bawa untuk hilangkan boring dia, tak terbelek. Biarlah. Penat barangkali asyik terbaring. Budu biarkan. Bila tengok nurse ke sana ke mari, ada yang duduk sekelompok tanpa berbuat apa-apa, borak tentang itu ini. Takkan tak ada seorang nurse nak bagi Budu info tentang keadaan adik Budu ni. Okeylah. Rendahkan ego and then Budu pergi tanya "Nurse, adik saya dah boleh balik hari ni.". Kebetulan Nurse ni datang check tekanan darah. "Oh saya tolong ambil tekanan darah je. Yang check itu," Dia tunding jari ke arah nurse yang lebih senior berdiri di hujung katil 8. "Cik datang esoklah, rasanya adik ni belum boleh keluar lagi sebab report pun tak dapat petang ni."Budu mengeluh. Budu cakap pada Fira, okeylah malam karang lepas maghrib Budu datang balik. Budu kena balik masak dan basuh kain. Lepas mandikan Fira untuk petang tu, Budu balik. Tak sempat rest pun. Siapkan apa yang patut, makesure rumah tak bersepah, kucing diberi makan and terus bersiap untuk ke HKL lagi

16 Ogos

Malam tu Budu datang lagi mandikan Fira sekali lagi dan bawa bubur yang Budu beli dekat warung berhampiran rumah. Itupun Fira tak makan banyak. Budu tunggu sehingga pukul 2 pagi. Budu nak tidur kat situ tapi entah kenapa hati ni meronta-ronta nak balik. Budu mintak diri untuk balik tidur dirumah. Budu pesan kat Fira, esok kalau discaj bagitau Budu. Malam tu Budu drive balik dalam keadaan ngantuk penat dan tak cukup tidur. Esok datang hospital, seperti biasa mandikan Fira, uruskan discaj, ambil ubat dan Budu bawa dia pergi makan sebelum hantar dia balik ke rumah dia di Wangsa Maju dan Budu pula terus balik PUchong, malam tu seharian Budu tidur.




No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal