Pages

Dinner Di Kota Kemuning


Pagi ni bangun, buka peti ais...Makkkkk! pening kepala bau durian. Lupa pula mak ada cakap dia bawa durian. Yang Budu ingat mak bawa petai jeruk, telur masin, sambal petai, sambal mangga, pulut dengan ayam goreng tapi tak terlintas pula ada durian. Mak ni...
orang dah tak suka dibawanya. Kebiasaan kalau mak ayah datang mesti dibawa beras siam 27Kg tu sebab dah faham sangat anak menantu memang makan beras tu je. Bukan nak perlekeh beras tempatan tapi perkara biasa bagi orang kelantan.

Malam mak sampai, sempat bawa mak tengok cucu kesayangan dia, zahra. Kalau pergi sana confirm Mummy masak macam-macam, so dah siap-siap kosongkan perut hari tu. Budu dan jamah 5 cucuk satay lepastu terasa kenyang . Kat sana, Mummy tegur, Budu dah kurus sekarang. Kurus sikit dari dulu. Budu memang jaga badan awal tahun hari tu tapi 3 bulan je. Jaga badan + sibuk kerja, sampai tak sempat nak  makan. Lain-lain isu biasalah, borak pasal adik ipar Budu yang bakal bersalin dan tanya pasal kandungan dia. Budu ni dok sebelah adik ipar Budu tengok perut dia, "Yana, dia bergerak tak?." Yana senyum. "Kadang-kadang bergerak. Ni baru lepas makan tak tahulah." Hahaha...Haip jangan ketawa, Budu kan tak pernah mengandung and ada anak so mana tau kan. But its okey, ada anak buah berderet pun dah rasa macam ada anak sendiri.

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal