Pages

Kes Plan Tak Jadi

Semalam, niat hati Budu nak ke Lumut dengan member. Budu ni pantang orang ajak berjalan, mau saja. Masa on the way tetiba mai teringin pula nak ke Terengganu, nak tengok laut birunya, makan keropok leko bagai. Masa di persimpangan kitorang masih tak dapat lagi buat keputusan arah mana tujuan malam itu
. Budu bagi cadangan supaya lambung duit syiling je. Member sebelah angguk je la, ikut perintah. Selepas lima kali balingan, destinasi dituju Terengganu. Meski dah ada direction tapi hati ni tak tenang, rasa nak pergi Lumut. Entah apa ada. Masa berhenti RnR Chenor, baru perasan duit dalam dompet ada RM7 member ada RM10. Alamak! Fikir punya fikir...ATM tak ada. Sekali terpaksa Uturn dekat Chenor. Ada ATM tapi nak cucuk tak boleh sebab jam time tu dah pukul 12malam. Tak tunggu lama, terus juga balik K.L walaupun bergelut dengan jem bagai mungkin sebab cuti sekolah dah habis. Sampai K.L pukul 2 pagi. Budu speed 140km/j memandangkan minyak ada satu bar je lagi. Member tanya macam mana, nak pergi cucuk duit and teruskan atau balik? Budu pilih untuk balik je, lagipun Budu rasa tak sedap badan sebab dari pagi lagi demam. Planning-nya pagi ni nak teruskan Trip sampah kitorang tu tapi cencel la nampaknya. Budu rasa ni pengalaman jenjalan paling spoil sekali. Haha... Apapun next time sebelum keluar highway memang kena spend cash dalam poket secukupnya. Apapun dapat ilmu sikit, jangan buat travel pergi oversea jadi benda macam ni. Nasib masih dalam Malaysia.

4 comments:

  1. Alahai.. mungkin bukan masanya untuk berjalan-jalan.. Xpe lah next time dah tau nak kena buat apa ye x..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak...end of this month boleh la stamby duit dlm poket banyak2 before trip haha

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal