Pages

Kotak Fikiran (1)

Bila kita memilih untuk sakit, kita memilih untuk redha dengan ketentuan ALLAH swt. Walau banyak tenaga kita kerah untuk berusaha tetapi faktor wang menjadi isu, ia ibarat membiarkan sebuah kereta yang rosak terdampar di tepi jalan.
Berapa ramai yang terkorban kerana tak mampu nak sediakan wang secukupnya untuk merawat penyakit ahli keluarga, anak mahupun diri sendiri? Ramai. Setiap hari kita lihat di dada akhbar tentang dana untuk rawatan anak tak cukup dan sebagainya  hingga kita terpaksa memilih untuk membiarkan dia 'pergi'. Orang yang punya wang hanya nampak benda itu sekadar iklan di ruangan mata mereka tetapi bagi yang menanggung, usaha telah dikerah tetapi masa tak menunggu kita. Mereka akan merasainya, masa tu wang bukan lagi penyelamat, wang tak ada nilai. Mereka sendiri akan gerun untuk menghadap Ilahi. Jelas bukan untuk buat mereka melabur wang mereka ke atas orang yang tidak dikenali tetapi keikhlasan, ihsan dan kebaikan itu ukuran sebenar didalam diri seseorang yang masih belum hilang sifat keperimanusiaannya apabila melihat penderitaan orang lain. Kita tidak merasa sedih atas kesedihan orang lain kerana kita selalu pentingkan diri sendiri.  Tanyalah diri kita apakah kita ada nilai itu di dalam diri kita? Mesti hati kita akan berkata Ah! lantaklah bukan masalah kita. Malas nak ambil tahu! Malas nak fikir! Malas! Malas! Malas! Itulah kita...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal