Pages

Menangis

Menangislah saat engkau rasa ingin menangis,
Jika dipaksa, ditahan aku tahu hati kau parah,
Menangislah jangan sampai sembunyi,
Tidak perlu malu pada sesiapa meski didepan Tuhanmu,
Kerana itu sifat kehambaanmu,


Mengaku kuat tetapi lemah,
Itu egois yang biasa terlihat,
Bila jatuh engkau sisipkan luka sendirian,
Jauh dari secupak pandangan,
Kerana hati sudah terbiasa dengan pujian,

Menangis bukan berarti kalah,
Menangis juga bukan penyelesaian masalah,
Adakala menangis membantu kita bertenang,
Melihat khilaf disudut diri,
Sebelum bangun dan berjuang,

Menangis mengajar erti tabah,
Melihat sifat engkau paling dalam,
Meski engkau disakiti,
Namun engkau hanya menangis,
Kerana engkau tidak bisa menyakiti hati yang lain,
Menangis melentur ego yang keras,
Melunas kepentingan diri...

By: B.B
12.39AM/SEP16

2 comments:

  1. kalau nak kira menangis banyak dah ni menangis nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha kak farah... :) ada orang tak boleh nak marah. menangis je mampu :)

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal