Pages

Tip : Amalan Diet Mengenyangkan

Bila sebut tentang diet dan nak kurus, Budu yakin untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal tu sangat payah dan terpaksa berusaha keras. Dan adakalanya ia gagal dilaksana atas beberapa faktor. Tipu kalau cakap tak putus asa tetapi adakalanya kita kena jadikan cemuhan dan pandangan orang sebagai satu sebab kenapa kita kena kuruskan badan. Lebih perit
kalau orang yang kita sayang tinggalkan kita dan mencari yang lebih cantik, kurus dan menarik daripada kita. Adakah kita nak melihat dan menangis saja? Dibawah Budu bagi beberapa kaedah yang boleh anda amalkan tanpa perlu bersenam;


  1. Air - Amalkan meminum air sulin/ mineral sekurang-kurangnya 3 liter atau lebih . Lagi banyak lagi bagus. Ia juga mengelak kita mengalami sembelit. Usus kita ibarat blander, kalau tiada air perut terpaksa bekerja keras untuk mengisar makanan yang kita telah makan. Apabila kita mengambil air yang cukup, ia membantu proses penghadaman agar lancar.
  2. Makan Ketika Perlu - Yang menjadikan badan cepat naik adalah apabila kita makan pada waktu yang dimana badan tidak perlukan makanan. Maknanya makanlah apabila perut terasa lapar dan bukan makan kerana keinginan dan selera kita yang tinggi.
  3. Jenis Makanan - Tabiat kita yang gemarkan nasi sukar dielakkan, jadi gantikan makanan ruji itu dengan makanan yang lain. Contoh bihun. Bihun diperbuat daripada beras, sumber yang sama namun kuantiti carbs yang sedikit. Pastikan carbs tidak melebihi 20g setiap hari. Insya Allah 3 minggu boleh turun 5 hingga 10 kg.
  4. Vitamin - Untuk mengelakkan tubuh kita lesu dan keletihan ketikan berdiet, pilihlah vitamin untuk tenaga yang sesuai. Sebelum itu selidik dulu habis-habisan produk vitamin yang bakal anda pilih.
  5. Elak Mengambil Nasi - Singkirkan nasi dari menu utama anda dan gantikan dengan makanan lain. Anda boleh makan seberapa banyak daging ayam, mana-mana bahagian tetapi elak dari makanan bersantan dan berlemak.
  6. Elak Makan Selepas Pukul 8 Malam - Kalau boleh elak makan lewat malam. Kerana waktu itu badan bersedia untuk berehat dan tidak perlukan tenaga. Apabila kita makan lewat malam, ia akan menyebabkan lemak yang terkumpul dan tiada proses pembakaran lemak, berat akan makin bertambah.
  7. Elak Makanan Segera dan Minuman karbohidrat - Ini penting, Elak meminum minuman yang berkeifen dan bergas. Selain itu jika ingin diet anda berjaya, elak memakan junk food atau fast food dan makanan yang diproses seperti hotdog dan sebagainya.


Pada berat saya 65kg, saya amalkan perkara diatas tanpa merujuk cuma yang saya pegang iaitu makan tidak melebihi 20g carbs setiap hari. Setiap hari saya hanya membeli dua bungkus bihun yang berharga 1.20 dan saya hanya makan waktu pagi dan malam. Selepas 3 minggu, saya hilang berat badan 11kg. Apa yang membuatkan saya kuat untuk kurus adalah faktor kesihatan kerana paras kolestrol saya melebihi paras bahaya tanpa saya sedar. Dan faktor kedua, kata-kata seseorang memotivasikan diri saya. "Awak pakai macam makcik-makcik. Baju besar. Tak boleh ke cari baju ikut badan." Pedih, perit...Allah sahaja yang tahu tapi saya telah buktikan yang saya bukan stylo  makcik-makcik tetapi saya tak akan ubah penampilan saya berpakaian longgar meski apa sahaja tuntutan pandangan orang. Saya selesa dan duit saya. Selamat mencuba semua.

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal