Pages

Tips: Ujian Perkenalan


Bagaimana anda boleh pastikan rakan sebaya yang anda baru kenal itu berbaloi dijadikan rakan baik?
  1. Ajak kenalan anda keluar makan bersama. Dalam situasi ini, anda boleh lihat sama ada dia seorang yang sabar menunggu pesanan makanan, seorang yang menitik beratkan soal makanan halal dan haram dan tidak berkira untuk membelanjai anda.
  2. Apabila azan berkumandang, perhatikan respondnya. Adakah dia bingkas bangun untuk solat? Atau dia sekadar diam membatu dan membiarkan waktu solat sekadar berlalu.
  3. Berbual dengannya tentang matlamat hidup, cita-cita dan impian. Lihat corak pandangan dan cara dia menjawabnya. Sekiranya dia tidak selesa dan menukar topik perbualan, dikhuatiri bakal sahabat anda itu seorang yang tidak ada wawasan hidup.
Jika kenalan anda lulus dengan cemerlang ujian di atas, alhamdulillah. Bagi anda yang waswas dengan bakal  sahabat anda , anda perlu mencari mereka yang lebih layak dan mampu untuk dibuat teman. Jangan lah terpaut kerana rupa atau kebendaan sahaja tanpa memikirkan padah di masa akan datang.
Kita boleh kenal seramai mungkin manusia. Namun hanya yang menepati ciri sahabat yang baik akan diterima menyertai lingkungan sahabat kita. Sekiranya tidak menyaring dan terus berkawan, dikhuatiri anda gagal mengubah kawan anda, malah anda pula diubah oleh mereka.


By: Ahmad Badrul Sani Baharudin
Ketua Jurulatih Az-Zahrah
Multi-Intelligence Academy (AMPAC)
#Kredit to GenQ 03.21

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal