Pages

1st Day Di Jepun


Sampai saja di airport Kansai. Saya ambil train menuju ke Shin-Imamiya sebab sewa hotel area situ lagi murah. Makin dekat dengan airport maka makin mahallah. Malam tu saya jalan sekitar hotel. Niatnya nak ke  Tsutenkaku Tower tapi tower tu tutup 8.30 malam. Pertama kali ke Jepun memang mengujakan. Bayangkan bila sedut udara time tu tak terasa asap kenderaan mahupun habuk. Sejuk je menusuk lubang hidung. Huhu... Agak janggal juga bila tengok kedai mulai tutup pukul 9 malam, ambil masa juga saya nak faham keadaan time tu. Bagi yang terbiasa ke Jepun tak jakun sangat nak faham persekitaran dan waktu di sana. Semasa berjalan area Tsutenkaku Tower, banyak benda menarik dapat lihat, kemeriahannya, gaya hidup mereka selepas balik kerja dan pergaulan rakyat Jepun...menggagumkan.
Diorang sangat hard working dan berdisiplin. Dalam perasaan kagum tu muncul perasaan yang buat sesiapa pun bengang, bila lalui lorong tepi jalan raya yang sibuk tiba-tiba bau hancing menusuk hidung. Sesetengah diorang selamber je kencing tepi jalan tempat orang lalu lalang sambil pegang handphone. Nasiblah saya ni rabun malam dan tak dapat nampak jelas walaupun jarak dia dengan saya beberapa langkah saja. Tapi saya nampak air mengalir di lantai...dalam hati menyumpah sudah. Haha..

Memang cuak bila pertama kali masuk tandas tak ada paip air dan hanya disediakan tisu saja. Nasib saya ni kreatif sikit. Saya kosongkan tong sampah dalam bilik dan gunakan bekas maggie cup untuk dijadikan cebok tapi kena bersih dulu la. Saya seorang yang sangat cerewek bab kebersihan dan saya tak boleh cuci hanya guna sebotol air mineral. Was-was kot nak solat bagai, rasa tak selesa je. Tak tau boleh ke tak time tu nak teruskan baki disana lagi 6 hari.





6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal