Pages

3th Days Di Jepun


Hari ke-3 saya ke Arashiyama dengan menaiki Hankyu Arashiyama Line. Saya terpaksa bawa selipar jepun dalam handbag sebab masa tu kaki saya bengkak dan saya tak sanggup dah nak berjalan. Tidur pun tak cukup. Setiap kali cakap nak bangkit awal, mesti akan bangkit lambat jugak. Pagi tu saya keluar jam 11 pagi tapi okeylah tak sibuk dengan orang nak pergi kerja.
Cantik! Itu perkataan pertama keluar dari mulut saya. Saya suka kawasan pedalaman dan hijau, tau sajalah orang kaki hiking ni macam mana. Pemandangan desa ni terasa dekat sangat dengan jiwa time tu. Cewahhhh... menyusuri pula Togetsukyo Bridge terpaku tengok air sungai Katsura River jernih giler, air pula kebiruan hijau macam tu dengan dedaun mulai warna merah,oren dan kuning...perghhh tak terkata cantiknya.




Sampai hujung jambatan, korang akan nampak lelaki taf tarik macam kereta sorong tu. Aku tak tau pula apa  nama dia. Mat saleh pun ada kau kerja tarik benda alah tu. Nak naik dikenakan bayaran. Bagi backpack macam saya ni sebolehnya elak berkunjung atau melakukan aktiviti berbayar nih. Jimat okey. Balik Malaysia nak makan lagi...kekadang tu terpedaya juga. Tanpa buang masa saya menuju ke Bamboo Groves. Sebelum sampai ke Bamboo Groves dan le battery handphone low dulu. Jalan dua langkah ambil gambar. Perempuan kau fahamlah...Ish!


  

Di hujung Bamboo Groves tu korang akan jumpa Tenryuji Temple. Saya tak pasti berbayar atau tidak tapi saya tak masuk pun. Hanya berlegar sekitar situ je. Depan Tenryuji Temple ada kawasan perkuburan. Perkuburan orang Jepun ni tak jauh beza dengan perkuburan masyarakat cina di Malaysia, tersusun dan rapat-rapat. Waktu turun saya terjumpa cendawan, besar giler....lepas tu jumpa kubur lama-lama. Tandas? Jangan risau situ banyak tandas dan ada air automatik tu. Pancuran dari bawah tapi okeylah dari tak ada air langsung, kan. Tandas diorang bersih sangat-sangat. Itu aku suka tapi akan wujud juga sorang dua yang suka kencing tepi semak ni. Itu korang ignore lah. hihi

 

*Sorry kualiti gambar kureng, ala ambil pakai phone je pun. Haha














No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal