Pages

5th Days Di Jepun

Mood nak berjalan mulai pudar, kaki sakit, demam lagi tambah pula hati ni memberontak gile nak balik. Dah tak sanggup nak tahan walaupun sehari. Teringat pelbagai makanan Malaysia. Alamak tomyam...sedapnya T_T. Saya tak boleh bayangkan orang yang belajar di luar negara bertahun-tahun tu. Ah! Kalau saya pun ada perkakas boleh masak, apa pun jadi. Hari ke-5 di Jepun saya ke Kobe. Asalnya saya memang tak nak ke Kobe
sebab jauh dan susah nak dapatkan train dan terpaksa tukar tiga train sebelum sampai ke Sannomiya. Memang penatlah. Kali ni saya tak buat banyak research sangat, just hentam kromo je.






Masa di Tokyu Park, tengah syok dok ambil gambar tetiba rakan saya cakap ada budak buat peace belakang saya. Alahai anak sapa ni. Ajak la bergambar, faham tak faham lantak kaulah. Haha... Nasib diorang ni sporting jugak. Belasah je. Rakan saya teringin sangat nak tengok robot yang besar tu, apa nama pun tak tau. Sekali belakang Sannomiya Stn je. Maka termakbullah keinginan dia. 


 Kawasan Kobe ni tak sibuk sangat, tambah pula dekat dengan laut. Panas tu biasalah benda yang kena hadap tapi suhu masih sejuk mungkin dah nak berubah musim ditambah angin laut lagi. Makin kelam muka saya dibuatnya. Apapun enjoy. Nak putih tunggu balik Malaysia. Sebab tak buat research jadi tak tahu mana nak pergi. Hentam sajalah berjalan menuju ke pelabuhan. Berjalan tu memang tak berpeluh tapi letih. Jumpa lah sebuah dua kuil. Mungkin kurang femes jadi tak ada pun tanda dalam bahasa inggeris. Saya ambik keputusan patah balik ke Summiya Stn, ingatkan nak ke Rokko Island atau Art Museum  tapi saya betul rasa tak sihat. Saya tak rasa pun rugi, sekurangnya saya dah lawat sebahagian besar tempat menarik di Jepun. Osaka? Tak sempat saya nak tawaf disebabkan berlaku satu kejadian yang sampai hari ni saya tak boleh lupa...




2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal