Pages

Anak Buah Baru

Bangun awal pagi dapat pula mesej dari adik ipar yang dia tengah on the way ke hospital PPUM. Kalau mengikut perkiraaan, kandungan adik ipar saya sudah melepasi due date. Jadi, hari tu terpaksalah ke hospital. Kalau dibiar lama takut juga jadi apa-apa pada bayi dalam kandungan.

Alhamdulillah. Keluarga besar kami semakin bertambah. Adik ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 28 september lalu. Zahra dah dapat adik, diberi nama Ahmad Harraz Mikail. Hari ni kiranya sudah 6 hari usia Ahmad Harraz. Rupa tak tahu ikut muka siapa tapi hidung tu macam kenal hahaha. Ikut cerita adik ipar saya, masa proses bersalin tu, Harraz dah terberak tapi sempat ditarik keluar, kalau tak Harraz mungkin dah termakan najis sendiri. Yang paling ngeri bila uri tertinggal di dalam rahim dan adik ipar saya kena tahan di ICU tapi alhamdulillah semua okey.

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal