Pages

Dilema Si Kecil

Muka tak 'handsome' macam ni le haha
Hari ni , Budu ambil kesempatan melawat anak saudara yang baru lahir.  Tup...tup kawan tu dah ada anak no.2, kan. Cepat masa berlalu. Zahra pun dah umur 2 tahun lebih. Kali ni Harraz dah sihat sikit, semangat badannya. Masih tak dapat kesan rupa ikut siapa sebab mamanya cakap masa mengandung dia memang fanatik sangat drama
yang Aliff Satar berlakon. Setiap malam dok hadap cerita sama. Bila dia cakap "Hidung dia pun dah macam Aliff Satar." Budu gelak je la. Zahra pula dah makin cerdik, bila datang je dia dah pandai jawab salam and bersalam cium tangan and pipi tanpa perlu papa and mama dia suruh. Dulu liat nak pegang peluk. Kali ni dia nampak ceria and fun, kekadang beria tunjuk itu ini pada Budu nak Budu layan dia main lebih dari layan adik dia. Adoiyai... Payah juga kan. Takut pula hati si kecil tu sentap. Budu layan je la...Last sekali dia menyusu and tertidur. Adiknya pula taknak tidur baring kat atas tilam, panas mungkin sebab dia berpeluh. Muka pun dah merah padam. Mama and papa dia tengah layan movie Budu sempat ambil nyonyot pipi dia yang tembam, aleh-aleh tertidur atas badan Budu. Bila letak di pangkuan dia menangis. Pulak dah. Apapun ulik la sampai dia lena. Baru Budu dapat beransur balik. Tak puas rasanya bermain dengan Harraz and Zahra. Apapun tunggu besar sikit, Mak Lang kena prepare confirm akan jadi perang dunia ke-3 nanti bila dia dah pandai berlari sana sini. Hahaha...

Sesungguhnya anak itu anugerah tak terhinggakan. 

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal