Pages

Dibohongi Pembohong dalam Bercinta

Ini bukan kita sorang je pernah rasa, ramai orang lain pun rasa. Bila kita bercinta dengan seseorang, perhubungan yang dulu indah tetiba jadi tak menyeronokkan. Si dia mula text dengan orang lain, jarang call kita dan bila kita komen di laman sosial dia...dia hanya ignore je tapi komen orang lain boleh je reply serta dia tak mengaku kita special bagi dia. Apa kau fikir? Bukan tu saja lebih teruk lagi kalau dia dah mula berbohong pada kita. Bila kita siasat-siasat tetiba ternyata kita hanya diperdaya lebih-lebih lagi dia cakap keluar dengan member tetiba tertangkap
gambar kereta dia merayau di tempat lain dan tarikh tu kawan dia tak ada pun dengan dia. Haha Itupun dia tak mengaku sanggup bersumpah-sumpah dan dia naik angin amuk kita pula konon suka menuduh. Bila tertangkap dia just cakap "Saya taknak awak risau." Phuiiiii!!!Confirm sesapa  pun naik angin. Pernah jadi keadaan macam ni dalam hidup korang?zaman bercinta Budu dulu-dulu pernah la...
Kesimpulan dia, kalau mereka tak suka kenapa tak je terus terang, kenapa nak 'simpan' kita sedangkan dah tak da hati. Ada dua kemungkinan, pertama bila dia kejar perempuan lain and then dia kecewa...dia masih ada kita untuk hilang sunyi. Kedua, dia tak ada perasaan pada kita dan hanya mempergunakan kita untuk keadaan terdesak dan tunggu kita putuskan perhubungan untuk dia tak rasa bersalah sangat. Kekadang ada sebabnya kenapa agama melarang kita bergaul dengan bukan mahram dan mengalakkan menyegerakan pernikahan. Zaman sekarang bukan macam dulu, makin maju dunia makin 'fake' tingkah laku seseorang ibarat macam gambar boleh edit2 dan tak ada pelik kalau perangai pun boleh create ikut suka dan kita sebagai perempuan yang mengharapkan perlindungan menjadi mangsa. Bila perempuan jual mahal lelaki cakap sombong, bila berlembut...kita pula dipersiakan. Apapun berdoalah pada ALLAH mudahan kita dipertemu jodoh yang baik dan kekal hingga jannah. Apapun kita kena ubah diri kita dulu agar dimasa akan datang kita dapat lelaki yang selayaknya. Insya ALLAH. Amin. :)

p/s: Cerita berdasar pengalaman rakan-rakan dan diri sendiri.

8 comments:

  1. Mai pernah kena macam ni, wlaupun mai thu dia bohong tp stay jugak ingat dia boleh berubah, tp rupanya org mcm ni tak layak pun bagi peluang bnyk kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya. Kekadang diorang tak nak mengaku pun kesilapan sendiri dan hanya nampak silap kita. Kecewa.

      Delete
  2. wallahuaklam..rambut sama hitam, hati lain-lain..
    lelaki biasa macam tu lah..sayang terlebih-lebih, tu curah ke lain

    ReplyDelete
  3. Cheating is common now. Even in marriages.

    It's me:
    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal