Pages

Hanya Saya Kenal Dia!

Gambar Hiasan
Adlin Zulaikha,

 Masa Ana buang Budu dari hidup dia, ALLAH temukan Budu dengan Lin pada hari yang sama masa dalam dewan perhimpunan. Masa tu ada minggu orientasi, Budu dengan Lin satu kumpulan. Masa tengah siapkan projek perlukan seseorang yang pakar melukis jadi hanya Budu ja dalam group tu boleh melukis dan masa tu la Lin kenalkan diri and bagitahu dia dari kelas mana tetiba jodoh pula dapat kelas sama, tempat duduk sekali. Lin antara
bestfriend Budu yang betul-betul faham perangai Budu, kehidupan Budu cuma berbeza pendapat pasal lelaki. Pernah Ana cerita pada Lin pasal Budu liar  bla..bla...bla.. tapi Lin just jawab "Dia kawan saya, saya kenal dia dan saya percayakan dia...peduli apa orang cakap." Masa tu rasa nak menangis pun ada... T_T. Tiap masa tiap saat kitorang selalu sama-sama. Markah exam pun sama-sama dapat teruk 0.5 Hahaha.. Tiap malam kitorang lompat pagar asrama pi makan kat belakang sekolah. Sometimes adalah sekali dua, Abang Chan datang ambil bawa pi ngulat haha... bawa Lin jumpa pakwe dia. Ingat lagi abah (ayah Lin) datang masa hari perjumpaan ibubapa, teruk kami kena hentam. Budu ingat abah cakap dia anggap Budu macam anak dia...terharu wei. Achik rindu sardin abah masak...sedap. Ingat lagi masa cuti weekend Budu tak balik rumah tapi tidur rumah Lin. Lewat malam buka periuk makan nasi kes teringat sardin abah masak... Tiap kali bergaduh kitorang tak pernah saling benci membenci, paling tidak pun setengah hari je tak bercakap. Dok sebelah sebelah pun hantar-hantar surat...tu cara kami selesaikan masalah bila ada yang kecil hati. Balik sekolah mesti cium tangan, cium pipi. And dipendekkan cerita Budu jauhkan diri lepas STPM Lin kawin if abah sebenarnya tak setuju  sebab fikirkan masa depan Lin cerah kalau dia tak ikutkan hati. Power of Love, kan.... Aku jauhkan diri bukan sebab tak suka dengan lelaki tapi dia kan dah berumahtangga mana boleh jadi macam dulu lagi. Nak merempit pusing kampung pun tak boleh. Last jumpa Lin 5 tahun lepas masa dia dapat anak pertama, Budu ingat dia bisikkan pada Budu tentang life dia... and sekarang dah 3 kot anak dia. Tiap kali balik kampung mymom akan cerita...Lin selalu tanya khabar, Lin kirim salam, Lin itu, Lin ini...Budu pula tak ada masa nak pergi jumpa dia and suatu hari nanti...Insya ALLAH...Apapun Budu tak pernah lupa dia...dia kawan sejati and selalu ambil berat pasal orang lain. Dia selalu ikhlas dengan orang sekeliling. Yang paling special dia punya senyuman...

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal