Pages

Jadi 'Kingkong'

Ini kesnya semalam lah, Budu tetiba naik angin. Selepas Budu repair plug dapur tetiba pula pintu kabinet tercabut haha.. Dah berpeluh satu badan. Masa tu solat Budu mandi basahkan badan je terasa malas pula nak basah rambut. Dalam kepala dah fikir, ini kalau aku tak basuh rambut confirm sakit kepala datang. Memang betullah...dekat maghrib terus kepala rasa berdenyut-denyut. Setiap kali berdenyut tu rasa sakit, pening and nak muntah. Sakit
bukan sakit biasa...setiap kali denyut nadi tak menentu setiap tu rasa berdenyut tu makin teruk sometimes terpaksa alih fikiran memikirkan something yang lebih tenang. Budu pun tak tau sejak bila benda ni jadi sebab tu Budu elak keluar waktu panas dan elak berada dalam persekitaran yang sesak contoh bank, mall... Selalunya kalau Budu hiking memang Budu tak boleh daki puncak hari tu juga, mesti kena tunggu keesokan hari juga sebab bila berpeluh teruk terutama di kepala...sakit tu datang hanya ALLAH je tau rasa dia. So, semalam abang balik terus tegur pasal kunci kereta tinggal atas rak kasut, masa tu Budu dah urut dada...sabar...sabar... Sekali abang bising lagi pasal laci dalam bilik tak tutup elok-elok lepas ambik kunci pendua rumah. Kali ni memang Budu tak boleh sabar terus naik hantu...Serius tak boleh control. Budu start kereta terus bawa je ikut arus jalan...sampailah ke ampang sana. Haha.. terus Budu patah balik dan balik tidur. If abang minta maaf...Budu diam je. Sampai pagi tadi sepatutnya Budu hantar abang pergi office sebab dia nak pergi outstation di Johor, itupun Budu buat-buat tidur. Abang pergi sendiri ke Office dengan motor. Kepala masih terasa lagi berdenyut. Lepas mandi, shampu tadi...rasa lega sikit. Memang lepas ni Budu tak boleh biarkan rambut tak berbasuh lepas berpeluh. Budu tak tahu ni satu penyakit atau sihir. Ya lepas Budu berubat setahun lepas, memang boleh tidur malam and gangguan pun dah kurang tetapi pakcik tu kata ada sihir baru hantar...lepas tu Budu dah malas nak pergi dah. Macam fade-up dan menghabiskan duit je. Kenapa tak buang je, kenapa nak kena kita pergi dan pergi banyak-banyak kali sedangkan benda tu boleh terus selesaikan.

2 comments:

  1. Allah.. Semoga budu tabah melalui ujian Allah nie..
    Budu tak try check perubatan moden?? Mana tau..
    Cubalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah cuba kak shahida. tradisional dan moden. DOc cakap everything okey.

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal