Pages

Umur 28 Ambil STPM

Meh Budu cerita sejarah kat korang, masa Budu 2 tahun Budu ada operation paru-paru and berlaku kesilapan sebab doc terlebih dos masa bagi ubat bius dan menyebabkan kesan pada IQ. Budu pun tak tahu proses atau kaitannya bila orang sekeliling layan macam Budu stupid sangat serius kecil hati. Budu ramai kawan sekolah, saudara mara jadi cikgu...kekadang dia jeling je pada Budu, ada
yang sindir. Budu 3 kali apply UITM, UPSI..bila dapat Budu terpaksa tolak...satu sebab kewangan, kedua tak ada transport untuk ulang alik sebab masa tu Budu tak pandai naik bas sebab fobia, kat kampung Budu berkurung je dalam rumah. Ketiga sebab komitment kerja dan bukan sebab BODOH okey. Sometimes orang yang ada PHD, master pun bersikap macam orang tak sekolah juga.

Alhamdulillah, sekarang Budu agak lapang memandang masih dalam proses pemulihan selepas operation jadi Budu ambil peluang perbaiki balik result stpm. Sebelum ni Budu apply study pakai SPM je. Sijil STPM Budu tak pernah ambil tahu dan Budu tak pernah check berapa result masa tu, lepas keluar dari kampung, Budu tak pergi lagi sana. STPM budu tak tahu la teruk ke tak ,jadi selepas berbincang and minta pendapat Budu tekad. Doakan Budu boleh buat yang terbaik. Harap korang pun boleh ubah masa depan dan ingat jangan selalu berharap orang akan bantu kita dan selalu bersama kita. Kena sentiasa majukan diri.

10 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal