Pages

Dilabel B.O.D.O.H

Assalamualaikum...

Waktu orang lain lelapkan mata, Budu pula celik mata. Cuba tidur tapi mata tetap tak mau lelap. Sekali teringat blog ni yang dah lama berlalang. Last update hari tu Budu ada cerita pasal Budu nak repeat exam STPM kan. Serius? Eh kenapa pula,
tak salah pun kan? Ramai lah yang memberi pandangan yang sinis juga disebabkan umur Budu yang agak terlajak untuk ulang balik sijil STPM. Pakcik umur 70 tahun ambil SPM okey je. Bila member cakap, orang yang berusaha untuk belajar tidak B.O.D.O.H tetapi orang yang langsung tidak mahu belajar dan merasa dirinya sudah bijak itu sebenarnya B.O.D.O.H. Apapun Budu rasa okey je. Budu cepat belajar dan mudah faham. Walaupun belajar sendiri tetapi Budu tetap mendapat sokongan dari segenap sudut. Alhamdulillah... Agak berdebar jugalah. Apapun Budu cuba yang terbaik memandang ini peluang keemasan untuk Budu kejar impian Budu. Dulu Budu tak habis bekorban untuk family dan orang sekeliling. Hari ini waktu Budu bekorban untuk diri sendiri pula. Andai ada rakan-rakan yang jadi cikgu and nak berkongsi info berkenaan  exam STPM boleh komen and tinggalkan link, nanti Budu baca. And korang boleh juga tinggal link selepas melawat ke sini. :)

6 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal