Pages

Keldai Yang Tidak Mengenal Diri

Bak kata pepatah, CAKAP SIANG PANDANG-PANDANG, CAKAP MALAM DENGAR DENGAR. Itulah yang berlaku pada seorang hamba ALLAH ini. Bila Budu taip perkataan 'TQ', dia tanya apa tu? Budu macam blur kejap...biar betul tak tahu, atau dia nak prank aku ni. Bila Budu explain, dia pula mengeluh ' Tak payah cakap 'manggeris' (Inggeris). Belajarlah. Dia pun dah terkena 'Sawan' agaknya... dia terus cakap patutlah Budu ambil STPM...bla..bla..bla..orang bodoh tak tunjuk, ini nampak sangat bodoh repeat STPM balik. Bodoh tu sikit sikit sudah lah..pergh..sakitnya hati. Jadi benarlah tegur member Budu, kita tak perlu berpenat untuk jelaskan apa-apa pada manusia yang langsung tidak berbuat apa-apa dan hanya berharap hidup dia cemak (setakat) itu saja. Kalau BODOH boleh belajar, tapi kalau berpekej dengan SOMBONG. Itu memang tak ada ubat. Lagipun apa yang bakal jadi pada masa hadapan, bukan mereka memberi, mengangkat dan membangunkan kita. Jadi tidak perlu peduli sangat. Teruskan niat selagi ia tidak memudaratkan. Kalau cakap 'THANK YOU' pun dia tak faham, tepuk dada tanya akal la. Siapa yang diperkatakan BODOH tu. haha.. Apapun hamba ALLAH itu sudah diblock atas sebab mengganggu kehidupan manusia sejagat saja...cewah!

2 comments:

  1. macam-macam orang ni kan..kedulikanlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pedulikan pun masalah juga. Pedulikan pun masalah juga haha

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal