Pages

Setuju

Alhamdulillah atas segala nikmatNya dan segala ketenangan serta doa yang dimakbulkan. Selama ni puas Budu pujuk abang supaya join Budu travel, sebab Budu minat sangat. Dah lama Budu travel cuma dekat dalam Malaysia sahaja. Ke Jepun hari tu pun ada
MANIS dan PAHIT nya dan malah Budu belajar banyak benda. Entah mana datang semangat, selalunya orang cepat serik tetapi bukan Budu lah. Lagi lepas kemalangan pun Budu still juga bawa laju, insaf tu 20 minit je, lepas tu buat hal balik. Apa yang terjadi di Japan memang ngeri bagi seorang perempuan tetapi pada Budu pengalaman yang sangat mencabar. Asalnya Budu planning untuk ke Japan sekali lagi pada musim bunga akan datang, tetapi bila tetiba abang cakap dia  teringin nak tengok senibina eropah, i mean ialah macam mana bangunan mereka boleh bertahan lama, jadi Budu planning untuk pergi selepas tamat peperiksaan STPM nanti. Destinasi? Belum rancang lagi. Alhamdulillah...selama ni kemain payah nak ajak, kali ni ALLAH bukakan hati dia untuk sama travel. Kalaulah boleh stay kat luar kan best... (berangan sat...)

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal