Pages

Dinner Time


Hari tu, wawa belanja Budu makan maggie udang, kali ni Budu nak belanja dia balik. Konon balas budi la. Haha. Tapi...memang niat Budu bila hujung bulan ni nak belanja Wawa makan, lagipun anak-anak dia masih di kampung jadi boleh 'pinjam' dia sekejap untuk ajak teman makan malam. Budu ni tak suka makan sorang-sorang, kalau sorang jawab dia tak lalu la nak makan. Duk rumah pun ,

Dapat Rambutan

Hari ni, hari ke 3 demam, selsema lagi. Badan letih tapi fikiran ni rasa membuak nak keluar dari rumah. Ke mana? Tiada arah tuju pula. Start kereta, rasa nak ke MELAKA tapi tiba-tiba melencong ke Badan Lalang. Ke pantai kita. Sampai di Bagan Lalang, terus cari surau, kaki malas tapi paksa diri. Selesai solat zohor, solat taubat...tenang dalam surau. Hanya ada sorang diri. Bagus la tak ramai pula yang datang melepak di pantai hari ni. Ingatkan nak terus balik tapi rasa nak melencong duduk di pondok tepi pantai sambil nikmati air pasang.

Mental Tak Kuat

Agaknya beginilah perasaan orang sakit kronik, mula-mula memang redha, depan orang still boleh senyum selamba biawak. Bila hari berganti hari, badan dah tak ada stamina dan kesihatan merosot, diri mula jadi manja. Nak menangis tak menentu, emosi tak menentu dan yang paling teruk bila kita dah tak boleh keseorangan dan perlu move out dari kepompong kesunyian tu. Arghh! stress...sebenarnya kesunyian tu 'virus' yang

Istylo Network, Apakah?


Kad Saver Istylo (ISC) adalah kad penjimatan elektrik yang dikuasakan dengan universal life force energy. Ianya berfungsi untuk menukar kuasa reaktif yang dibazirkan oleh rintangan elektrik ke dalam kuasa aktif untuk meningkatkan tahap semasa dan mengurangkan rintangan di dalam kabel. Ini menyebabkan kesan penjimatan kuasa yang luar biasa.

Lepak Santai Bersama Vokalis AISUNAM Band


Lepas balik dari Kem Wardieburn, Budu ingat nak terus balik ke rumah je tapi teringat pula penyanyi Fauzi Aisunam a.k.a Puzi Aisunam tapi Panggil Abang G je, memandangkan dia dah pangkat pakcik gitu hehe okey! gurau je , dia cakap kalau Budu dah di K.L suruh inform dia.

KEM WARDIEBURN : Teh Tarik 1, KL F.M

Assalamualaikum.

Penat semalam masih terasa lagi. Ini penangan pergi tengok konsert di Kem Tentera Wardieburn, Setapak Kuala Lumpur. Perghhh! Merayap mata time nak balik. Kebetulan masa pergi semalam, Budu dah agak nak selsema dan demam tapi sebab dah janji dengan member nak

RESIPI: KIWI FRUIT POPSICLES

Hari panas terik ni sesuai sangat kalau nak alas tekak dengan makanan atau minuman yang sejuk. Kali ni Budu nak ajar cara nak buat ais krim kiwi atau KIWI FRUIT POPSICLES.

RESIPI : Yogurt Buah Kiwi


KHASIAT KIWI

  1. Boleh merawat kemurungan
  2. Kiwi terdapat gula semualajadi, inositol yang dapat mengawal gejala diabetes.
  3. Karotenoid (karotin beta, luteins dan xanthophylls), antioksidan dan sebatian fonolik (flavonoid & antosianin) yang terdapat dalam buah

KANSER PARU-PARU : Tanda Awal


Kanser paru-paru sering diperkaitkan dengan seseorang yang suka merokok (Perokok tegar) atau perokok pasif serta pelbagai masalah lain. Mungkin ramai orang mengalami masalah batuk berterusan. Itu bahaya! please check-up segera. Jika anda mengambil pelbagai ubat tetapi tidak juga batuk anda berkurangan, anda mungkin mengalami Kanser Paru-paru. Kanser paru-paru dapat dikesan daripada beberapa simptom awal, seperti...

Bila B.U.D.U.H

Meski teruk mana pun seseorang, kita kena terima itulah dia, yang ALLAH ciptakan tanpa perlu persetujuan sesiapa pun. Bila kita berkawan dengan seseorang yang jauh lebih hebat dari kita, kita mesti rasa segan, janggal dan sometimes kita cuba tidak wujudkan jurang pemisah. Kata teamworks atau persaudaraan, kan. Tapi kalau kita meletakkan kasta tertentu untuk membezakan kita dengan orang lain, Budu rasa

Seberapa Banyak Perubahan

Dari tadi Budu belek gambar lama, zaman chubby mubby, zaman jadi 'hippo',jelek amat sih. Haha.. Budu ambil masa dua tahun untuk jadi seperti hari ini, tak bangga tapi alhamdulillah. Tapi apa guna kalau gemuk kita sihat, happy tapi kita kurus, sakit dan menderita. Uik! Dasyat tu. Apapun bukan mudah nak kurus, nak gemuk senang je. Makan banyak-banyak.

Videoklip By Fauzi AISUNAM

sempat dia send pic dia makan durian, Budu memang paling tak suka durian Haha
Semalam, Fauzi AISUNAM ada send beberapa video klip nyanyian dia, antaranya bertajuk SEHATI SEJIWA dan lagu terbaru beliau BUKAKAN KU JALAN. If dia ada bagi Budu CD promo tapi ianya bukan video sorry tak dapat budu nak share. Semalam, Budu just tengok je video nyanyian dia, yang dia tunjukkan pada member Budu, malas pula nak menyampuk. Al maklumlah Budu kan pemalu orangnya. Lagipun Budu ni buta bab muzik ni. Apapun sedap juga didengar, tambahan pula gaya dia, suara dia mengingatkan Budu pada penyanyi Ramli Sarip tu. Perghhh lagend tu.

video
-Sehati Sejiwa-

video
+Bukakan ku Jalan+

Di Ambil Kesempatan

Hari ni, Budu nak emosi sikit. Semalam sahabat Budu ada datang mengadu tentang dirinya yang DOWN. Ya, sesiapa pun termasuk diri Budu sendiri, sometimes kita akan pasti merasa sekali dalam hidup dugaan yang teruk dan kita tak berdaya lagi nak bangkit berdiri. Adakalanya kita tak boleh tipu kita letih, kita kecewa tatkala

EVENT : Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang 2016

Ini punya event dah lama. Asalnya member yang invite dekat FB. Budu ni fahamlah perangai, memang payah nak bergaul dengan orang terutama event-event ni sebab blog Budu bukan blog berdasarkan keuntungan or blog cari makan. Hanya sekadar blog sampah dan diari online sahaja. Al kebetulan pula, blogger Wawa ajak pergi jumpa member dia yang bertugas di Hospital Port Dickson. So, dapatlah kitorang ke Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan yang berlangsung di Pantai Teluk Kemang.

FAUZI AISUNAM, Siapa?

Alhamdulillah atas rezeki yang ALLAH bagi tak terhingga. Hari ni, Budu sesat dalam bandar Kuala Lumpur kes malas nak search lokasi rumah member. Sekali makan langsat (sesat mat barat). Sekali berhenti tepi highway search walau line macam siput. La...dekat Ukay Perdana ke? Tepuk dahi sat. Budu dah salah simpang dua tiga kali sebelum tiba di lokasi member. Lepas tu ngeteh jap di OLD TOWN SETIAWANGSA, hilang dahaga.

MELAKA : Lepak Pantai Puteri

Ini wajib. Kalau ke Melaka, memang sini port lepak paling best. Bukan sebab tiap kali parking ada yang Hon atau bertegur sapa (Padahal aku tak kenal pun depa) tetapi pasal pemandangannya yang cantik dihiasi plak pelantar minyak, yang sayup

MELAKA : Coconut Shake Femes

Nampak sedap kan? Bagi orang melaka Coconut shake Batu Berendam ni sangat terkenal, kesedapannya dan keenakannya yang menghilangkan rasa penat lelah tatkala cuaca panas terik dan lari sekejap dari kerja seharian. Memang kenalah time tu matahari mencacak di atas kepala. Budu sempat try Mee soto dan Bihun sup.

Seram! Pengalaman Hiking...

Sepanjang Budu hiking, 8 tahun lebih kurang. Ini kali pertama Budu dengar sesutu yang Budu paling takut nak ingat, mahupun takut nak tengok. Kalau cerita mistik bab hantu dan sebagainya, rasanya itu boleh diterima akal dan buat tak tahu lagi sebab dalam hutan ni kalau kita galak sangat pun tak boleh, adalah 'penjaga' atau 'penghuni'nya.

2016 : Hiking Gunung Nuang

21 & 22 Ogos,

Anjing ni setia teman tepi khemah setelah habiskan setengah boatol
biskut mentega Budu
Selesai sudah perjalanan dan pergembaraan Budu mendaki dan camping di Hutan Lipur Gunung Nuang. Seperti biasa Budu akan bergerak dari rumah jam 4 pagi dan sampai di Hulu Langat lebih kurang pukul 5 pagi, Budu sarapan dulu (ambil tenaga) cari mood. Tunggu sampai azan subuh. Kali ni, Budu tak berhenti dekat Masjid dekat Simpang Empat Hulu Langat tu, tekak

Program Minggu Ini

Alhamdulillah, hari ni terasa lega sikit. Badan pun tak ada rasa menyengat macam semalam. Terima buat sahabat-sahabat blogger yang mendoakan kesihatan Budu. Memandangkan badan dah sihat, Budu bercadang nak hiking and camping sekali. Lagipun dah lama

Blogwalking Tinggal Link

Hari ni, Budu betul rasa tak sihat. Tidur je seharian. Sempat lah basuh cadar, sarung bantal bagai. Laptop langsung tak menyempat nak sentuh. Banyak buku-buku dibiar tak terbaca dan yang paling teruk sampai lupa nak makan. Petang tadi pula Budu ke Banting, niatnya nak

Kanak-Kanak 5 Tahun Dibunuh, Dibuang Dalam Gaung

Tak tahu nak kata, sedih ada, terkilan ada, marah lagi lah ada bila dengar berita tentang kes pembunuhan kejam adik Noor Amilla Edrus (5 Tahun). Budu yang OTW nak pi mandi, terus tak jadi, parking kejap depan TV. Budu

Giveaway RM400 By AsyaAmin!

Giveaway RM400 by AsyaAmin.



Syarat penyertaan :

1. Blogger Malaysia
2. Follow blog ini. Wajib
3. Follow :

https://www.instagram.com/syaaddaa/   https://twitter.com/syaaddahttps://www.facebook.com/nsyaaa 


Giveaway Dan Pencarian Bloglist by Jepun Mari

Segmen Ucing Mencari Binatang

http://ucingkadayan.blogspot.com/2016/08/segmen-ucing-mencari-binatang.html
Apakah Binatang yang ada dalam video Ucing Frozen.

"tak ada tangan tapi ada kaki,
ada kaki tapi tak pandai berdiri,
makan minum di mulut itu pasti,
nama binatang cari lah sendiri."

Photo l Mat Dan (Daniel Tyler)

Semalam, sambil ngetext mesej secara tak sengaja tertengok rancangan HARAMAINBACKPACKERS. Kebetulan juga Budu pun memang tengah tercari-cari tempat menarik untuk next TRAVEL. Bila tengok si Mat Dan atau

Jururawat Kasar

Ini terjadi hari kedua Budu teman Fira di wad. Budu nampak dah makcik kat katil sebelah tu, tapi Budu buat tak tahu je lah. Malas nak ambil port hal orang. Al maklum tak nak bermanis mulut sangat. Datanglah sekumpulan jururawat berMASK dan berAPRON bagai. Dia tanya Fira "Pakai pampers tak?" Budu tolong jawabkan TAK. Ooo baru ku

Siapa Aku?



"Awak terlalu baik. Tak pernah saya jumpa perempuan sebaik awak."

Terkesima jap. "Apa yang baiknya?."

"Saya kagum dengan awak, awak luar biasa."


Air mata ni mengalah juga petang ni. Member terkejut bagaimana aku boleh menjaga seorang yang bukan dari darah daging sendiri, bukan adik sendiri dan dia adalah Ex-Gf

Tiga Hari di HKL

14 Ogos, 2 petang

Seperti biasa Budu teman member pergi gym, hari tu sangat tak ada ada mood nak pergi gym. 50-50 je perasaan time tu. Tapi memandangkan dah sampai and dah bayar jadi teruskan je la. Kaki time tu rasa betul-betul tak kuasa nak

Jatuh CInta Di Usia Senja

Budu terbaca moment seorang makcik ni yang baru bergelar
janda. Kasihan pun ada kagum pun ada, dia dapat terima penceraian dan perpisahan bersama suami dengan pandangan yang positif. Beberapa bulan lepas Budu ada nampak yang beliau sudah mula bangkit dari kekecewaan dan katanya sudah punya pengganti namun Budu ni agak payah juga nak

Jangan Follow Kalau...

Masa mula Budu start blogging dulu, isu ni pernah dibangkitkan beberapa bloggers. Bila kita join segmen kita akan walking blog, kita tinggal link and cakap kita dah follow. And kalau orang tu tak follow makna dia takkan cakap

Ghaib Waktu Tidur

Ngerikan tajuk ni, tambah pula dah nak maghrib. HEHE. Beberapa minit yang lepas, abang tanya aku "Semalam, abang panggil

Dua Bulan Rest

Selepas operation, Budu gatal pergi kerja and then mula terasa sakit-sakit. Badan lemau and pengakhirannya Budu ambil keputusan

Raya Berakhir Badan Naik

Bangun awal pagi tetiba teringin nak drive jauh. First, buka almari...Ahh banyak pula kemeja. Sebelum ni beli rasa macam tak cukup je kemeja kerja. Bila

Pembunuhan Black Dahlia

Black Dahlia

15 Januari 1947, Elizabeth Short di bunuh dengan tragis iaitu dikerat kepada dua bahagian di Taman Leimert, Los Angeles. Elizabeth disahkan meninggal dunia akibat kehilangan banyak darah. Selain itu terdapat torehan dari mulut hingga ke telinganya.

Kes Black Dahlia

REVIEW: Blogger Baru

'Dalam sebulan mesti akan ada satu hari yang paling malang bagi kita' Masih buat Budu teringat kata-kata officemate dulu. Hari ni kita hilang kawan, esok kita dapat kawan baru. Apapun pasti berhikmah.

Myduties,

"SEGMEN BLOGGER AKTIF 2016 - MARIA FIRDZ"

Assalamualaikum,

Semalam tidur lambat, hari ni bangun awal terus melepak di McD untuk jimatkan koata Broadband.

Nampak banner? Jom Budu nak ajak korang join segmen beliau disamping eratkan silaturahim. Mudahan. Follow syarat-syarat dibawah.

Rezeki Lagi

Alhamdulillah,

Lepas operate banyak pula rezeki melimpah-limpah. Ada member yang jumpa pun tak pernah tetiba nak tolong bayarkan bil ubat dan ada dikalangan mereka juga hari-hari tanya khabar, ajak lepak and bila bab makan, Budu nak bayar diorang beriya cakap

Better Being 'KASAR'

Teringat kes Budu nak beli superbike setahun lepas, Mymom orang paling bangkang, katanya "Cuba kau jadi perempuan. Dah macam jantan." Erk..bukan aku diasuh untuk jadi lasak ke?, supaya tak senang kena buli dengan lelaki. Hahaha...

Fokus Untuk Berniaga

Assalamualaikum,

Hari ni bangun awal pagi lepak McD. Fikirkan apa yang berlaku semalam dan fikir apa yang akan jadi hari ini dan esok tapi otak ni lebih fikir dua bulan dari sekarang. Fikir perancangan untuk survey negara orang, mana tau kalau ada rezeki boleh bina kerjaya kat sana. Atau membawa sesuatu dari sana ke sini.

Hati Boleh Berubah (HBB)

Malam ni saja nak menyingkap sejarah lama. Budu teringat pula pasai kenangan lama-lama, kali pertama jadi blogger. Nak naik traffic, nak ramai followers, kita kena kerja keras, singgah blog ke blog say HI sampai habis GB broadband. Tak cukup
dengan tu pergi sambung

Bila Kita Belum Cukup Baik


Budu tak pernah ada kawan perempuan yang rapat, close macam adik beradik. Last Budu pernah ada BFF gegel masa menuntut Form 6, nama dia ADLIN ZULAIKHA (Kakak), 99% lagi lelaki. Sebelum Budu bertukar sektor pekerjaan, dari  construction kepada factory/Industri memang Budu tak ada kawan perempuan, lelaki pun ada tapi hangat-hangat taik ayam macam tu la. Jenis nak ambil kesempatan. Realiti!

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Assalamualaikum,

Alhamdulillah kerna masih dikurniakan kesihatan yang baik dan bernafas lagi. Hari ni Budu cuba berpuasa, memikirkan berat badan yang dah mula nak bertambah, haru dibuatnya. Selesai solat subuh dan menghabiskan beberapa surah pendek, Budu membelek dua novel karya HAMKA pemberian sahabat Budu yang masih tak terusik di rak tv.

GIVE AWAY PERTAMA BY FARAH SANUSI


Dah lama rasanya tak join GA. Blog ni pun dah lama berhabuk, so Budu nak ajak teman-teman join GA dari FARAH SANUSI ni. Hadiah menarik ditawarkan okey. Rasanya bloggers lain lebih pantas dari Budu dan dah awal2 join GA ni. Maklumlah orang lama...malas nak berebut hahaha... Bagi yang nak join boleh click pada banner di atas. :) Good Luck Okey 
COPYRIGHT@Hak Milik Kekal