Pages

Pengalaman 5 kali di suntik


Cerita bab suntik menyuntik ni, ramai yang ngeri bila tengok jarum, dengar je nak kena suntik dah picit kepala. Macam mana tu? Budu rasa, Budu seorang je kot yang ada pengalaman macam ni. Budu pun tak tahu apakah malangnya nasib masa masuk wad kali ni. Selalunya paling banyak
kena suntik pun, dua kali dalam masa dan hari yang sama, itu pun sebab darah tak mau keluar.

*****

Masa doc cakap warded, hati ni antara seronok dengan tak seronok. Yang seronok sebab dapat makan sesedap dan yang tak seronok...kena suntiklah. Sebelum tu pergi ke wad kecemasan, untuk ambil darah dan sebagainya, doc berbangsa India masa tu ambil darah untuk hantar Lab. Suntik kali pertama di lipatan siku kanan, darah tak mau keluar, Cis! dalam hati "celaka betolah, time ni pula dia tak nak keluar'... Bila doc minta nak suntik sekali lagi pada lipatan siku sebelah kiri, Budu redha jelah. Kali ni okey. Selepas tu kena pula masukkan jarum pada tangan kanan macam biasa, Arghh... memang picit kepala. Mata dipejam rapat-rapat. Takut jarum macam takut kena gigit tau...nurse dekat situ gelak. Okey, fine!

Selepas masuk antibiotik, nurse masukkan air dan untuk botol air yang ke dua tiba-tiba saluran darah tersumbat. Flush pun tak jalan juga, last suntik kali ke dua pada tangan belah kiri pula, selepas habis botol kedua, dia buat hal lagi. Nurse try cucuk kali ke tiga pada area pergelangan tangan kiri, masa tu mungkin sebab cahaya or apa ntah menyebabkan nurse sorong tarik jarum area yang sama dan tinggal lebam yang menyakitkan. Sudahlah lebam, bengkak pula. Budu belek tempat yang dicucuk, tak nampak pun urat area situ. Huh! Nurse try suntik lagi kali ke 3 pada lengan kiri bawah sikit pada yang tempat suntik ke 2. Kali ni okey pula. Lega la untuk malam tu...

Keesokan hari jadi balik hal yang sama dan terpaksa panggil doc yang mahir.  Masa doc cucuk memang terasa sakit lain macam sampai menangis jugalah. Ini memang tak tipu, mungkin sekali dua boleh sabar lagi...tapi kalau sampai 4 kali, cipan pun meninggal tau. Tempat doc suntik tu saluran darah halus sangat and block pula dengan tulang pergelangan tangan. Bila air tak boleh masuk nurse pakai mesin untuk push air tu masuk. Malam tu merana yang amatlah. Budu tak boleh tidur dan pejamkan mata. Tangan rasa berdenyut dan kebas. Bila dah mula berubah sejuk dan pucat cepat cepat Budu panggilkan nurse suruh tanggalkan, sakitnya sampai ke bahu. Bila dah tanggalkan nurse pun tak berani lagi nak cucuk. Terpaksa tunggu keesokan hari untuk panggil pakar bius. Last sekali barulah aman dunia, tak adalah menangis sangat. Hilang derita. Serius! rasa serik jugalah nak ke hospital lagi. Lepas keluar wad, Budu dah kurang aktif hiking and bersukan sebab badan rasa lemah sangat dan cepat penat. Apapun Budu still ambil banyak ubat dan vitamin untuk bagi tenaga pada badan.

3 comments:

  1. baca budu citer pon saya dah seram..macam mana tuh..kalau saya kt tmpt budu xtau la nak cakap apa. kita bole buat group wassap "geng takut jarum" haha..3 4 kali cucuk memang merana la kan..macam budu cakaplah cipan pon boleh meninggal. hehe

    ReplyDelete
  2. seramnya baca..saya takut jarum hehehe..kalau time pregnant kena cucuk aduhaiii seriau..anak pun ayahnya yang pegang time nak cucuk.. :p

    - JOM JOIN GIVEAWAY MARCH BY HERNEENAZIR.COM -

    ReplyDelete
  3. ada satu tahun saya 2 kali kena admit...first miscarriage..2nd ada operation...masa tu dah macam lali dah kena cucuk2 bagai ni..huhu

    ReplyDelete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal