Pages

Wanita minat memancing?

Assalamualaikum.
Gambar hiasan

Kerap orang 'bertanya khabar' tentang hobi yang selalu dipelopori oleh majoriti lelaki. Budu sama seperti wanita lain juga, tak minat pun dengan aktiviti memancing pada mulanya, berpanas dan merentungkan kulit. Segalanya berlaku salepas Budu keluar dari wad and duduk dirumah hampir dua bulan lebih tanpa beraktiviti lasak selepas stop hiking.


So Budu cakap pada Mybestfried, i kena keluar buat sesuatu, badan makin naik and duduk rumah tak ada aktiviti. Kebetulan member tu suka memancing jadi selalu ikut dia memancing. Dari situ minat memancing tu datang. Setiap minggu keluar ke Kuala untuk memancing. Kadang-kala tak dapat ikan, balik hampa buat muka sedih, adakala dapat hasil seekor dua...pun sedih tapi tanya sahajalah pada kaki pancing, bagi mereka memancing bukan sekadar menguji kesabaran atau kegigihan menunggu dalam gelap, bernyamuk kadang kala tetapi kepuasan bila dapat ikan and power time tarik ikan tu. Katanya feel yang tak dapat digambarkan.

Dengan hobi baru ni, Budu rasa seronok. Kadang bila pergi memancing ada surirumah yang follow suami diorang, dapat kenal and borak pasal banyak benda. Kadang share resepi pun ada kat jeti tu. haha.. Orang yang kita tak kenal , boleh jadi rapat and bertukar ilmu bab memancing. Malah dekat IG Budu pun, Budu dapat ramai kawan dari dalam dan luar negara yang punya hobi yang sama.  Kadang mereka mesej, "Wah..ada juga perempuan minat memancing,jarang dengar."

Budu, 
Tak ada niat pun nak tandingi kehebatan lelaki dalam apapun. Tetapi kekadang nama sahaja perempuan tetapi minat dan naluri kita berbeza beza. Budu dari dulu minat dengan aktiviti luar, bukan sahaja memancing. Kadang bila stress, rasa perlu bersendirian...pergi memancing duduk termenung, fikir habis habis , positif and negatif kemudian balik dengan berlapang dada. Kadang time mancing tulah kita rasa dekat dengan Tuhan and 'berbicara' dengan Dia bukan hanya sekadar dalam solat.

Semalam sempat pergi memancing, erm..agak lewat juga balik. Budu terjah dekat pantai Port Dickson, kat tepi pantai je. Alhamdulillah rezeki murah dapat beberapa jenis ikan. Kat situ ada satu pasangan suami isteri yang turut memancing, tak sunyi sangat and ada beberapa orang remaja lelaki lepak. Apapun sangat puas hati, hasil tangkapan tu pula Budu bagi kepada orang sebab Budu malas nak balik siang, Leceh...

2 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal