Pages

Penutupan 'Facebook' Mendidik Aku.


Di sebalik kesibukan kita mengambil tahu hal keduniaan dan hidup orang lain, eloklah kalau kita fikir sahaja pasal diri sendiri. Aku bukan apa, cuma kadang kadang tersinggung dengan masyarakat terutama kaum sejenis yang bukan main lagi nak jadi power rangers pink dalam kehidupan orang lain. Itu ini dilemparkan, kata-kata kalau baik tak mengapa, ini sudahlah kau kutuk orang selepas itu kau labelkan orang dengan benda yang bukan-bukan, kalau betul tidak mengapa, ini kau pun tidak tidur sebantal dengan dia. Haishhhh....


Aku sendiri pun sudah deactive kan facebook atas sebab-sebab yang aku rasa tidak lagi ada kepentingan dan tidak ada manfaatnya kepada diri aku. Kalau kita ada tujuan lebih murni dan bijak menggunakannya tidak salah untuk buka dan terus menggunakan facebook. Jangan kau jadikan facebook sebagai platfom untuk kau hentam orang dan komplen sana sini. Tidak perlu untuk aku memberi contoh kehidupan orang lain, diri aku sendiri dijadikan sebagai contoh dah cukup baik. Aku close facebook BUDU BILIS tu sebab aku sendiri tak percayakan diri aku ni. Nampakkkkk! aku bukan Nabi nak berlagak macam MALAIKAT.  Aku ni tegas dan ada perasaan marah, jadi aku bimbang kalau aku marah...aku pergi post pula di facebook, biar 1 dunia baca. Dari mula memang niat kita nak memalukan pihak sana atau menyalahkan orang lain, dalam tak sedar kita juga menegakkan benang yang basah dan melukakan hati ramai pihak. Selain daripada dosa terpalit pada diri kita. Contoh kalau kita dianaiya, niat nak berkongsi tetapi dah tertaip maki dan hamun, benda tu akan jadi tak baik juga. Dosa juga. Jadi eloklah kalau kita tutup sahaja dan andai kita marah dan tidak berpuas hati...kita diamkan diri sahaja. itu lebih baik. Aku ni cuba mendidik diri aku untuk tepis ego dan marah tu berpanjangan. Walau aku tahu tidak adil bagi aku tetapi Allah itu lebih tahu. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal