Pages

I'm Back

I'M BACK

Sejak Budu sambung belajar ni, memang langsung tak ada masa nak hadap blog. Nak bermesra dengan blogger lain pun tak menyempat. Nak join contest ke apa, lagi lah. Apapun, Alhamdulillah... kehidupan Budu makin hari makin baik berbanding dulu. Kadang, Budu macam fikir juga...kita ni sebenarnya boleh je hidup aman damai asalkan
jangan simpan dendam dan buruk sangka pada orang. Halaulah perasaan dan sifat negatif macam halau nyamuk. Apapun tak dapat kalau kita ni asyik dok nilai orang dari sudut pemahaman kita sedangkan kita pun tak pernah bertegur, tak pernah kenal dan tidur sebantal dengan dia. Budu sendiri pun tak bermakna mulia dan tak ada silap. Sudah tentu ada khilaf yang tak terhingga. Apa yang boleh kita lakukan, meminta maaf dan memaafkan orang lain. Maafkan diri sendiri juga, agar kita boleh merasai nikmat yang ALLAH bagi ni. Hidup ni sementara, sampai bila kita nak bercakap macam kita hidup selamanya dan menongkat langit...?  Ada sesetengah orang tak nak pun dipuji tetapi mereka ingin difahami.

Wah! jauh menyimpang. I'm back ... sebab Budu nak aktif balik blogging and stop layan media social macam FB, IG , TWITTER dan sebagainya. Bila kita kurang mendedahkan personal life. Kita kurang juga di kritik. Apapun, saya tak pernah jumpa lagi rakan blogger yang suka komen FB or IG rakan lain dengan 'badwords'. Mereka selalu bagi semangat.

5 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal