Pages

Bebas Hutang Seawal Umur 30 Tahun, Isteri Memainkan Peranan Penting

ALHAMDULILLAH,

Jika Tuhan memberikan kita rezeki, ALHAMDULILLAH juga jika rezeki itu melimpah ruah. Rezeki bukan sekadar duit. Ada juga rezeki berupa makanan, pakaian dan juga kehidupan yang lancar dan diberkati.

1. Elak berhutang  @ membuat hutang 

Hutang suatu perkara yang kita tidak boleh mengelak terutama bagi yang baru habis belajar, confirm SEK MUNG nak kena bayar PTPTN, MARA, dan sebagainya. Andai kata lepas belajar, sibuk pula nak menikah. Duit tak ada...buat LOAN BANK. Selepas kawin...
'hidup segan, mati tak mahu'. Uit! DOK LEH CAKAK GITU SEK MUNG. Menikah ni benda MOLEK dan diberkati ALLAH s.w.t. kita kena percayalah dengan pertolongan ALLAH. Baik niat kita (MENIKAH), baik jugalah kesudahannya. Sekarang ni anda ada dua hutang.

Hutang Kawin (BANK)
Hutang Belajar (PTPTN, MARA, dll)

Jadi, selepas kawin belajarlah survive selama mungkin sehingga pasangan kita stabil dari segi kewangan dan jangan tambah hutang lagi. Kalau satu hutang sudah SETTLE, korang hanya ada satu hutang sahaja lagi untuk diselesaikan. Isteri bekerja, suami bekerja...LAGI MOLEK SEK MUNGGGG! Suami bayar hutang, bayar sewa, dan bayar nafkah sikit untuk isteri...manakala duit gaji isteri dibuat belanja dapur atau keinginannya yang lain tanpa perlu meminta dari suami. Kalau suami sahaja bekerja, Isteri kenalah muhasabah diri, jangan nak meminta itu ini. Kena faham juga keadaan suami. Kalau suami gaji 5K, Bini DOK KIJE pun dok NGAPE.

2. Jika berhutang, bayar secara berterusan.

Bagi pasangan yang target nak beli rumah atau kereta baru di masa akan datang...KALIAN perlulah membayar hutang secara berterusan dan jangan SKIP. Mengikut pengalaman saya sendiri, permohohan pembelian rumah di tolak oleh pihak bank kerana mempunyai record bayaran hutang yang tidak konsisten. Kisah ni hampir 7 tahun lalu. Masa tu keadaan saya sangat sukar. Bujet untuk dapur sebulan  hanya RM300. Cukup tak cukup...sendiri fikir. Duit untuk beli BEDAK, beli LECU (Gincu) memang tak ada. Selepas 5 tahun, loan bank dilunaskan namun hutang kereta masih ada sekitar RM15K. Saya ingat dengan 2 tahun lebih juga berusaha cari penyelesaian. dan Alhamdulillah hal berkaitan selesai penghujung tahun lepas. Kalau anda bayar CANTIK JE pinjaman loan, saya rasa di masa akan datang...urusan anda akan lebih mudah.

3. Dalam tempoh pembayaran hutan, Isteri elak dari berbelanja lebih dari kemampuan pasangan @ erti kata lain berjimat-cermat.

Nafsu apa yang perempuan tidak ada? Cukup dan lengkap. Kita kena tahu, ada penceraian  disebabkan oleh masalah kewangan. Kalau dapat jenis suami kerja biasa-biasa, isteri pula berhutang sana sini atau membeli belah tanpa fikir penat lelah suami bekerja, sampai bila-bila hutang susah nak selesai. Untuk beberapa tahun, cubalah bersabar dan berilah masa kepada suami untuk menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi. Apa gunanya seorang isteri jika hanya ada disaat senang@ berduit sahaja. Bila suami susah...terpaksa tanggung seorang diri. Tapi saya yakin...tidak ramai wanita yang sebegini. Insya ALLAH.

4. Isteri bekerja

Saya yakin sekarang golongan Isteri sudah punya kesedaran dan bekerjaya. Kalau dulu, suami sahaja yang berhutang, sekarang LAKI BINI berhutang, apa cerita? Suami salesai masalah beliau, isteri selesai hutang-hutangnya.  Ada pasangan suami isteri yang keduanya punya hutang belajar dan loan pembelian kereta. Namun, dalam point no.4 ini, si Isteri bekerja bagi meringankan beban suami, tolong SUPPORT pembelian barang dapur ke atau bil utility ke... apa sahaja bentuk pertolongan  yang boleh sang Isteri lakukan. Jika pasangan yang tidak mempunyai zuriat...kehidupan mereka sedikit simple. Isteri mungkin bekerja kerana bosan berada di rumah dan boleh menggunakan duit gaji untuk keinginan yang dia sendiri tidak perlu meminta dari suami sebagai CONTOH: mahu pergi ke salon seminggu 5 kali, pergi salon kuku atau membeli barangan berjenama... Proses ini juga tidak mengganggu suami untuk fokus dalam menyelesaikan hutang. Mungkin suami hanya memberi duit nafkah sebagai cukup SYARAT mungkin suami anda hanya mampu bagi RM200-RM300...bersyukurlah.

5. Jangan memaksa @ mengongkong pasangan.

Ini banyak terjadi dan saya lihat didalam ahli keluarga saya sendiri. Suami kerja driver teksi@ Pengawal keselamatan sahaja, Isteri pula tidak bekerja. Bukan sahaja tidak bekerja...malah memaksa suami untuk membeli barangan yang tidak perlu. Apa sahaja yang dipakai oleh orang lain, dia pun mahu. Membeli handbag contohnya... Adakala sampai bergaduh laki bini. Dalam situasi lain pula, duit gaji suami masuk ke akaun isteri sepenuhnya. Adakala suami kadang terpaksa 'PAW' kawan tempat kerja untuk makan tengahari dan rokok. Kalau suami jenis boros dan isteri jenis penjimat, eloklah isteri yang 'manage' duit suami untuk langsaikan hutang. Kalau isteri jenis yang saya sebutkan tadi (Boros), biar sahaja suami menguruskan hutang-hutangnya. Berapa suami bagi terima sahajalah. Asalkan cukup untuk keperluan harian dan anak-anak. Kalau keduanya boros dan punya selera besar, umur 60 tahun pun kamu tidak akan merasa untuk memiliki rumah sendiri.

Apa yang saya nyatakan di atas adalah pendapat sendiri berdasarkan pengalaman saya. Anda boleh memberi komen dan pendapat anda juga. 

4 comments:

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal