Pages

Memancing di Laut

LAUT...

Bukan tempat untuk bermain tetapi kalau niat untuk mencari rezeki, Insya-Allah dipermudahkan urusan. Budu ni saja tanya member, boleh tak dia bawa Budu pergi memancing tengah laut sebab dah lama tak pergi. Last pergi 2015. Kebetulan bapak dia ada bot, jadi bolehlah tumpang sekaki, Dia pun cakap OKEY je.



Seawal 5.30 pagi Budu dah bergerak ke Port Dickson. Selalunya port Budu memancing area PD je. Dekat dengan laut kan. Kalau tinggal di Kuala Lumpur ni mana ada pantai...Pantai Dalam tu adalah. Budu sampai di PD dalam 7.00 pagi (Bawa kereta ala lenggang lenggang kangkung) . Member dah siap awal pagi lagi dan sedia menunggu di Pengkalan Jeti, itu yang Syaiful panggil.

Situasi bagi orang yang tak biasa turun ke laut ni, 5 minit pertama dah rasa mual@loya. Permulaan tu boleh bertahan lagi. Member tanya banyak kali "Okey tak?.". Jawapan orang yang keras hati, pedal, jantung dan limpa macam Budu ni, jawapan stedy saja "Okey!"

Selepas beberapa minit menunggu, kami dapatlah hasil pertama dan seterusnya. 3 jam kami berkampung di tengah lubuk tu dapat 6 ekor ikan bersaiz sederhana.





Tewas... 

Bila matahari mula tegak atas kepala, mata berpinar-pinar. Budu pula start ngantuk sebab sebelum sahur hanya sempat tidur 3 jam sahaja. Kesudahan dia, Budu pun tersadai, dengan rasa nak muntah, pening bagai. Memang tak mampu tahan dah. Mabuk laut katakan. Ikan pun masa tu tak galak sangat so kami ambil keputusan untuk balik je. Sampai jeti member tanya 'nak sambung memancing di Lukut ke?'. Budu kan pantang diajak. Terus ON saja. Balik awal pun buat penat juga, baik manfaatkan masa pergi memancing dekat Jeti Kuala Lukut and balik jam 3 petang. Sampai rumah ngam pukul 5 petang. Time tu dah boleh 'slow-slow' masuk dapur.




Alhamdulillah. Lebat juga rezeki kami hari tu. Member pula tak nak ambil semua ikan tu. Jadi kesudahannya Budu bawa balik. Tetapi dah janji dengan diorang, kalau Budu masak, Budu kena hantar sikit pada diorang. Tak adillah...diorang pun berpanas juga jadi kenalah beri sedikit imbuhan, bak kata orang. Hihi. 

2 comments:

  1. Seronoknya..pandai budi memancing erk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..sekadar suka2 je tetiba jadi hobi pula...

      Delete

COPYRIGHT@Hak Milik Kekal